Institut Terjemahan Negara Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Institut Terjemahan Negara Malaysia
Jenis Awam
Ditubuhkan 14 September 1993
Ibu pejabat Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Malaysia
Bil. lokasi Wisma ITNM, No. 2 Jalan 2/27E Seksyen 10 Wangsa Maju
Orang utama YB Datuk Dr. Sharuddin Md. Salleh (Pengerusi Lembaga Pengarah)
Mohd Khair Ngadiron(Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif )
Industri Penterjemahan
Perkhidmatan Terjemahan
Kejurubahasaan
Suntingan
Latihan
Sari Kata
Sokongan
Pemilik Kementerian Pelajaran Malaysia
Laman web www.itnm.com.my

Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) ialah syarikat berhad yang diasaskan pada 14 September 1993 di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memudahkan penubuhan sebuah industri penterjemahan di negara Malaysia. Modal syer syarikat ini dimiliki oleh Kementerian Kewangan Malaysia, manakala pentadbirannya diuruskan oleh Kementerian Pelajaran.

Misi ITNM ialah untuk memupuk bahasa Melayu sebagai perantara pemikiran dalam bidang kebudayaan, sains, dan teknologi, melalui penterjemahan. Matlamatnya ialah:

  • Membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan menterjemah, menafsir, dan menukarkan maklumat pada peringkat-peringkat negara serta antarabangsa.
  • Menterjemahkan bahan-bahan pengetahuan, khususnya karya-karya utama dalam bahasa Melayu.
  • Menterjemahkan karya-karya tempatan yang utama kepada bahasa-bahasa yang lain.
  • Memberikan latihan dan panduan dalam bidang bahasa.


[sunting] Alamat

Wisma ITNM, No. 2 Jalan 2/27E
Seksyen 10, Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur
Tel: 03-41497210
Faks: 03-41491535
Laman sesawang: http://www.itnm.com.my
E-mel: info@itnm.com.my

[sunting] Lihat juga

[sunting] Rujukan

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan