Ipso facto

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ipso facto merupakan frasa bahasa Latin, diterjemah secara harafiah sebagai "faktanya adalah (“by the fact itself”),"[1] yang bererti fenomena tertentu merupakan akibat langsung, hasil kesan, tindakan yang dibicarakan, bukannya terjadi akibat tindakan berikutnya seperti keputusan (“verdict”) tribunal. Ia merupakan istilah seni yang digunakan dalam falsafah, undang-undang, dan sains. Contoh dalam perundangan dalam pelaburan wang haram (money laundering): tindakan itu adalah haram secara ipso facto kerana ia dilakukan sebagai melindungi sesuatu yang lain, dengan itu perbuatan itu menjadikan tindakan seseorang individual dipersoalkan. Peribahasa Inggeris dengan makna yang sama adalah “dalam dan pada dirinya sendiri” ("in and of itself").

Selain dari kegunaan teknikalnya, ia sering muncul dalam kesusteraan, terutama dalam tambahan sarjana (“scholarly addenda”): contoh., "Faustus telah menyerahkan jiwanya, dan oleh itu, ipso facto, tidak mampu bertaubat " (rujukan: Christopher Marlowe, ”The Tragical History of Dr. Faustus”) atau "Prejudis ini mendalam pada pemikiran bahawa setiap kutu rayau ipso facto bajingan" (rujukan: George Orwell, ”Down and Out in Paris and London”).

Dalam keagamaan[sunting | sunting sumber]

Ipso facto mewakili watak automatik bagi kehilangan keahlian badan keagamaan oleh seseorang yang bersalah bagi tindakan khusus.[2] Dalam gereja Roman Khatolik, frasa latae sententiae lebih biasa digunakan berbanding ipso facto berkaitan dengan denda ecclesiastical seperti penyingkiran excommunication. Ia menunjukkan bahawa kesan berikut sungguhpun jita tiada penghakiman (dalam bahasa Latin, sententia) diistiharkan oleh pihak berkuasa keagamaan ("ecclesiastical superior") atau oleh tribunal.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Dominik, William J. (2006). Words & Ideas. Wauconda, Ill.: Bolchazy-Carducci. ms. 163. ISBN 0-86516-485-1. 
  2. "dismissal ipso facto". New Catholic Dictionary. Diperoleh pada 18 February 2012.