Iskandar Chempaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Iskandar Chempaka ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2024 arahan Azri Izhar dibintangi oleh Muaz Zabir dan Harissa Adlynn. Siri drama ini memulakan tayangan di Slot Lestary, TV3 bermula 7 Mac 2024 menggantikan Boleh Saya Bantu.[1]

Iskandar Chempaka
GenreDrama
Komedi romantik
Keluarga
Ditulis olehLiza Nur
PengarahAzri Izhar
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanSelama Berdua - Firdaus Rahmat
Lagu penutupSelama Berdua - Firdaus Rahmat
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifAlia Ramly
Adila Ramly
PenerbitDatin Zaiton Mohd Jiwa
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Global Station Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Lestary)
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal7 Mac 2024 (2024-03-07) – 20 April 2024 (2024-04-20)
Kronologi
MengikutiBoleh Saya Bantu
Diikuti olehPuaka Cuti Semester

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang Iskandar yang menjadi pujaan ramai, terpesona dengan gadis jirannya yang bernama Chempaka dan berusaha untuk memikat hatinya. Walaupun Chempaka juga mempunyai perasaan yang sama terhadap Iskandar, namun dia mengalami 'inferiority complex' yang menghalangnya untuk mengakuinya.

Namun, kisah cinta mereka tetap berakhir dengan perkahwinan.  Keindahan hubungan Chempaka dan Iskandar berubah apabila Chempaka mendapati bahawa Iskandar sebenarnya adalah seorang 'anak emak'. Kehidupan pasangan ini selepas perkahwinan diatur oleh Naema, ibu kepada Iskandar.

Chempaka terkejut dengan sikap Iskandar yang mengikut telunjuk ibunya dalam setiap hal. Naema juga bersaing dengan Chempaka dalam segala perkara, ingin membuktikan bahawa dirinya lebih bagus.

Ketika Iskandar mengutarakan hasrat untuk berpindah rumah, Naema meluahkan rasa tidak puas hati dan menghalang perpindahan tersebut.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon Utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon Pembantu[sunting | sunting sumber]

Agensi Pelakon Tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Jay Mazin Talent Agency

Runut Bunyi[sunting | sunting sumber]

  • "Selama Berdua" - Firdaus Rahmat
  • "Bagai Cahaya" - Syafeeq ft. Zazo
  • "Hey Honey" - Maria
  • "Sayang Kau Tercipta" - Aziz Harun

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Iskandar Chempaka myinfotaip.