Islam di Jamaica

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Menurut statistik, dianggarkan jumlah keseluruhan orang Islam di Jamaica adalah seramai 5,463 orang yang mewakili 0.2% daripada kesluruhan penduduk Jamaica[perlu rujukan]. Terdapat beberapa pertubuhan Islam dan masjid di Jamaica termasuklah Islamic Council of Jamaica dan Islamic Education and Dawah Centre, kedua-duanya terletak di Kingston dan menawarkan kelas-kelas pengajian Islam dan solat harian berjemaah. Di luar Kingston, pertubuhan-pertubuhan termasuk Masjid al-Haq di Mandeville, Masjid al-Ihsan di Negril, Masjid-e-Hikmah di Ocho Rios dan Port Maria Islamic Centre di Saint Mary.

Kelompok orang Islam pertama adalah hamba-hamba yang dibawa dari Afrika Barat.[perlu rujukan] Setelah masa berlalu, kebanyakan mereka kehilangan identiti Islam mereka disebabkan paksaan memeluk agama Kristian. Orang Islam berketurunan Afrika yang tergolong dalam bangsa-bangsa beragama Islam seperti Mandika, Fula, Susu, Ashanti dan Hausa terus cuba mengekalkan amalan-amalan Islam mereka secara rahsia ketika bekerja sebagai hamba di ladang-ladang di Jamaica.{(Afroz, S. (2001)}

Lebih kurang 16% daripada 37,000 orang pendatang India berkontrak yang tiba di Jamaica antara 1845 dan 1917 adalah orang-orang Islam[perlu rujukan]. Muhammad Khan yang tiba di Jamaica pada tahun 1915 pada usia 15 tahun, telah membina Masjid al-Rahman di Spanish Town pada tahun 1957, manakala Masjid Hussein di Westmoreland dibina oleh Muhammad Golaub yang berhijrah bersama bapanya pada usia 7 tahun. Orang-orang Islam berkontrak telah meletakkan asas lapan buah masjid lagi yang dibangunkan di Jamaica sejak 1960-an[perlu rujukan], dengan kemunculan masyarakat Islam asli Jamaica yang kini membentuk majoriti penduduk beragama Islam di pulau tersebut.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Islamic Horizons Sept/Oct 2001
  • Afroz, S. (2001) 'The Jihad of 1831–1832: The Misunderstood

Baptist Rebellion in Jamaica' [Journal of Muslim Minority Affairs, Vol. 21, No. 2, 2001]

Templat:Jamaica-stub