Isospin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Isospin dalam fizik merupakan simetri yang timbul daripada kesamaan neutron dan proton dalam pandangan daya nukleus kuat. Walaupun neutron dan proton berlainan dari segi daya keelektromagnetan kerana cas elektrik yang berbeza, saling-tindak nukleus kuat di antara neutron dengan zarah lain adalah sama seperti saling-tindak nukleus kuat di antara proton dengan zarah lain.

Meniru kerangka pemerihalan kuantum momentum sudut, proton dan neutron dikatakan berada dalam doublet isospin I = 1/2, iaitu proton dengan I3 = +1/2 dan neutron dengan I3 = -1/2.

Begitulah π berada dalam triplet isospin (I=1; I3 = +1 untuk π+, I3 = +1 untuk π0, dan I3 = +1 untuk π-), K dan \overline K keduanya doublet. Λ pula adalah singlet (I = 0), sementara Σ di dalam triplet, dan Ξ doublet.

Rumus Gell-Mann—Nishijima memberikan hubungan di antara I3 dengan cas elektrik Q:

Q = I3 + Y/2

di mana hipercas Y = B + S, iaitu hasiltambah nombor barion dengan keanehan.

Isospin jumlah diabadikan, kecuali dalam tidak-balas daya nukleus lemah.


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.