Issam El-Bashir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Issam El-Bashir

Ph.D
Timbalan Pengerusi Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa
Memegang jawatan
8 November 2018
Berkhidmat dengan Ahmad bin Hamad al-Khalili, Hayrettin Karaman dan Salim Segaf Al-Jufri
PresidenSalim Segaf Al-Jufri (2022-kini)
Ahmad al-Raysuni (2018-2022)
Ahli Parlimen Sudan
Dalam jawatan
1992–2006
Butiran peribadi
LahirIssam bin Ahmad Al-Bashir
1956
Tindelti, Sudan
Kewarganegaraan Sudan

Syeikh Dr. Issam El-Bashir (Arab: عصام البشير, 1956 di Tindelti, Sudan)[1] ialah seorang agamawan Islam dan ahli politik dari Ikhwan Muslimin. Beliau merupakan bekas Setiausaha Agung Pusat Kesederhanaan Antarabangsa yang berpusat di Kuwait dan bekas Menteri Hal Ehwal Agama di Sudan. Beliau juga seorang ahli akademik yang mengajar di pelbagai universiti. Beliau pernah diiktiraf sebagai seorang daripada 500 Muslim berpengaruh di dunia pada 2009 hingga 2016.

Penglibatan dalam pertubuhan[sunting | sunting sumber]

Issam ialah salah seorang ahli lembaga pemegang amanah Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa[2] dan banyak badan dan institusi lain, termasuklah Institut Européen des Sciences Humaines (IESH) dan Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (ECFR).

Beliau dilantik sebagai Presiden Akademi Fiqh Islam Republik Sudan pada 2012 hingga 2021[2].

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Issam memegang ijazah sarjana muda Usuluddin dan sarjana Usuluddin pengkhususan Hadis dan Sunnah dari Universiti Islam Imam Muhammad bin Saud, Riyadh. Beliau menerima ijazah Ph.D dalam Usuluddin dari Universiti Islam Omdurman di Sudan[2].

Mesej keamanan[sunting | sunting sumber]

Issam ialah salah seorang penandatangan Risalah Amman dan salah seorang daripada 138 penandatangan surat 'Perkataan Biasa Antara Kami & Anda' (A Common Word Between Us & You), surat terbuka tokoh Islam kepada pemimpin gereja Kristian setiap tempat. (13 Oktober 2007)[3].

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

  •  Mesir
    • Pingat Sains dan Kesenian (Kelas pertama) - 2003
  •  Jordan
    • Anugerah Raja Abdullah Bin Al-Hussein (bagi ulama dan pendakwah) - 2004

Issam El-Bashir sebagai subjek utama[sunting | sunting sumber]

Bahagian dalam buku[sunting | sunting sumber]

  • Abdallah Schleifer (2015). The World's 500 Most Influential Muslims 2016 (PDF). Jordan: The Royal Islamic Strategic Studies Centre. m/s. 131.
  • Abdallah Schleifer (2014). The World's 500 Most Influential Muslims 2014/15 (PDF). Jordan: The Royal Islamic Strategic Studies Centre. m/s. 124.
  • Abdallah Schleifer (2013). The World's 500 Most Influential Muslims 2013/14 (PDF). Jordan: The Royal Islamic Strategic Studies Centre. m/s. 124.
  • Abdallah Schleifer (2011). The World's 500 Most Influential Muslims 2012 (PDF). Jordan: The Royal Islamic Strategic Studies Centre. m/s. 125–126.
  • Abdallah Schleifer (2011). The World's 500 Most Influential Muslims 2011 (PDF). Jordan: The Royal Islamic Strategic Studies Centre. m/s. 109–110.
  • Abdallah Schleifer (2010). The World's 500 Most Influential Muslims 2010 (PDF). Jordan: The Royal Islamic Strategic Studies Centre. m/s. 129.
  • Abdallah Schleifer (2009). The World's 500 Most Influential Muslims 2009 (PDF). Jordan: The Royal Islamic Strategic Studies Centre. m/s. 124.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Bericht zur 33. Jahreskonferenz der IGD". Islamische Gemeinschaft in Deutschland. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Julai 2013. Dicapai pada 15 September 2022.
  2. ^ a b c "Essam al-Bashir a President of the Islamic Fiqh Academy in Sudan". International Union of Muslim Scholars. 16 Februari 2017. Dicapai pada 15 September 2022.
  3. ^ "Signatories (in Alphabetical Order) of An Open Letter and Call from Muslim Religious Leaders to Christian Leaders". Dicapai pada 15 September 2022.