Salim Segaf Al-Jufri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Salim Segaf Al-Jufri
سالم سقاف الجفري
Pengerusi Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa ke-3
Memegang jawatan
11 September 2022[1]
Didahului olehAhmad al-Raysuni
Ketua Majlis Syura Partai Keadilan Sejahtera
Memegang jawatan
10 Ogos 2015[2]
Presiden
Timbalan
Senarai
Didahului olehHilmi Aminuddin
Timbalan Pengerusi Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa
Dalam jawatan
8 November 2018 – 11 September 2022
Berkhidmat dengan Ahmad bin Hamad al-Khalili dan Issam El-Bashir
PresidenAhmad al-Raysuni
Didahului olehAbdul Hadi Awang
Menteri Sosial Indonesia ke-26
Dalam jawatan
22 Oktober 2009 – 20 Oktober 2014
PresidenSusilo Bambang Yudhoyono
Didahului olehBachtiar Chamsyah
Digantikan olehKhofifah Indar Parawansa
Duta Besar Indonesia ke Arab Saudi dan Oman ke-16
Dalam jawatan
11 November 2005 – 21 Oktober 2009
PresidenSusilo Bambang Yudhoyono
Didahului olehMuhammad Maftuh Basyuni
Digantikan olehGatot Abdullah Mansyur
Butiran peribadi
Lahir (1954-07-17) 17 Julai 1954 (umur 69)
Surakarta, Jawa Tengah, Indonesia
KerakyatanIndonesia
Parti politikPartai Keadilan Sejahtera
PasanganZaenab Alwi Basri
Anak-anak
  • Idrus Salim
  • Sarah Salim
  • 'Afaf Salim
  • Rihab Salim
  • Sumayyah Salim
HubunganSayyid Idrus bin Salim Al-Jufri (datuk)
Alma materUniversiti Islam Madinah
Pekerjaan
AnugerahBintang Mahaputera Adipradana (2014)[3]

Al-Habib Dr. H. Salim Segaf Al-Jufri (Arab: سالم سقاف الجفري; lahir di Surakarta, Jawa Tengah, 17 Julai 1954; umur 69 tahun) ialah seorang ulama Islam dari Indonesia, dan ahli politik dari Partai Keadilan Sejahtera yang pernah menjawat sebagai Menteri Sosial Indonesia dalam Kabinet Indonesia Bersatu II di bawah pemerintahan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan Naib Presiden Boediono pada 22 Oktober 2009 hingga 20 Oktober 2014.[4] Terdahulu daripada itu, Salim telah dilantik sebagai Duta Besar Indonesia ke Arab Saudi dan Oman dari 2005 hingga 2009.[5]

Dalam pada beliau berpolitik, Salim turut menggalas tugas sebagai Ketua Dewan Syariah dan Ketua Majlis Syura Partai Keadilan Sejahtera. Selain itu, beliau juga menjawat sebagai Pengarah Perwakilan Perhimpunan Belia Islam Dunia (WAMY) bagi Kawasan Asia Timur dan Asia Tenggara dan Pengarah Pusat Rundingan Syariah.[6] Salim aktif mengajar di UIN Syarif Hidayatullah, Lembaga Ilmu Pengetahuan Islam dan Bahasa Arab (LIPIA), dan Dirasat Islamiyah Jakarta.

Beliau turut terlibat dalam Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa. Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi pertubuhan tersebut bermula 8 November 2018[7]. Pada 11 September 2022, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa[8][9] menggantikan Syeikh Dr Ahmad Al-Raysuni yang meletak jawatan[10].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Salim Segaf Ketua Majelis Syuro, Sohibul Iman Presiden PKS". CNN. 10 Ogos 2015.
  2. ^ "Salim Segaf Ketua Majelis Syuro, Sohibul Iman Presiden PKS". CNN. 10 Ogos 2015.
  3. ^ Daftar WNI Yang Memperoleh Tanda Kehormatan Bintang Mahaputera Tahun 2004 - Sekarang (PDF). Dicapai pada 25 Ogos 2021.
  4. ^ "Jadi Menteri, Salim Segaf Cium Tangan Mertua". VIVA.co.id (dalam bahasa Indonesia). 22 Oktober 2009. Dicapai pada 22 Februari 2022.
  5. ^ "Presiden Lantik 19 Duta Besar". Tempo.co (dalam bahasa Indonesia). 12 November 2005. Dicapai pada 22 Februari 2022.
  6. ^ Profil Singkat Calon Menteri Kabinet, diakses pada 20 Oktober 2009
  7. ^ "Habib Salim Segaf Terpilih Jadi Wakil Ketua Persatuan Ulama Muslim Internasional". Arrahmah. 8 November 2018. Dicapai pada 11 September 2022.
  8. ^ "تكليف العالم الإندونيسي حبيب سالم سقاف برئاسة الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين". Al-Quds Al-Arabi. 11 September 2022. Dicapai pada 11 September 2022.
  9. ^ "Dewan Ulamak ucap tahniah kepada Dr Habib Salim Segaf". Harakahdaily. 11 September 2022. Dicapai pada 11 September 2022.
  10. ^ Safaa Kasraoui (28 Ogos 2022). "Ahmed Raissouni Resigns as Head of International Union of Muslim Scholars". Morocco World News. Dicapai pada 11 September 2022.