Istana kota Orford

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Istana kota Orford
Suffolk, England

Menara Ibu Istana kota Orford
Istana kota Orford is located in Bumi
Istana kota Orford
Istana kota Orford (Bumi)
Jenis Menara Ibu dan bailey
Koordinat 52°05′37″N 1°31′48″E / 52.0936°N 1.5300°E / 52.0936; 1.5300Koordinat: 52°05′37″N 1°31′48″E / 52.0936°N 1.5300°E / 52.0936; 1.5300
Bahan
binaan
Batu Caen, batu lumpur (mudstone), batu karang, batu kapur Northamptonshire
Keadaan
sekarang
Menara Ibu kekal
Pemilik
sekarang
Warisan Inggeris
Dibuka kepada
 awam
Ya

Istana kota Orford merupakan salah sebuah istana kota yang terletak di Britain. tersergam di persisiran Suffolk, Istana kota Orford dibina oleh Raja Henry II antara 1165 dan 1173, terutamanya bagi mengimbangi ancaman baron Anglian Timur yang dominan, termasuk Hugh Bigod dari Norfolk. Terdapat juga keperluan bagi melindungi dan mempertahankan pelabuhan Orford yang sibuk dari sebarang serbuan pantai. Apabila siap, istana mengkagumkan ini terdiri daripada tembok batu dengan sejumlah menara empat persegi dipepenjuru, dan rumah pagar menara berkembar mengelilingi Menara Ibu berbentuk luar biasa polygon. Parit yang gak besar di bahagian luar tembok memberikan perlindungan tambahan.

Hari ini, hanya Menara Ibu istana kota diraja yang masih kekal. Tembok, rumah pagar dan menara kesemuanya telah lama lenyap. Dari rekod pembinaan, ia dapat difahamkan bahawa menara ibu sedia untuk diduduki menjelang 1167. Pelan asas terdiri daripada menara bulat dikepong dengan tiga turet besar yang terletak pada jarak yang sama. Luaran, struktur sebenarnya terdiri daripada 21 sisi, kebanyakannya dibina dari batu septaria tempatan tetapi disaluti dengan batu import yang lebih mahal. Menara mengkagumkan ini, sehingga 90 kaki (27.4m) tinggi, memiliki susunan dalaman yang terdiri daripada aras bilik bawah tanah, dua tingkat yang setiap satunya mengandungi dewan besar, bumbung dengan battlemented parapets antara tiga turet tersergam atas aras bumbung.

Lebih besar berbanding dua yang lain, turet tenggara memuatkan laluan ke Istana kota Orford melalui bangunan hadapan, yang dibina sehingga sekitar separuh ketinggian menara itu sendiri. Di atas pintu masuk ke lobi kecil, kubah Norman segi tiga yang cantik masih dapat dilihat, dan melampaui lobi kubah bulat mengelilingi pintu masuk istana kota uatama. Henry menjadikan istana kota ini tersendiri, kedua-dua dari segi reka bentuk dan susun atur, dan inimerupakan satu daripada projeknya yang paling mahal.

Dinding batu yang tebal menunjukkan ia sentiasa bertujuan untuk dijadikan tempat tinggal berkubu, dan tangga berpilin dalam setiap menara membawa pada maze of bilik dan laluan. pada tinggat pertama terdapat chapel berbentuk baji dan, disebelah kiri laluan masuk, terdapat alur kecil pada hujung lantai menunjukkan bahawa ia kemungkinannya digunakan sebagai alur portcullis. Melampauinya terdapat menara bulat besar,kemungkinannya diduduki oleh konstable, dengan dapurnya sendiri dan kamar bersambung. Aturan tingkat kedua juga dibina hampir sama tetapi ini merupakan dewan di raja, tidak syak lagi ia digunakan oleh Raja Henry sendiri. Tingkap yang besar memberikan cahaya yang banyak, dan korbel berhias menyokong siling sebelumnya berbentuk kon. Di bilik bawah tanah, kebanyakannya digunakan sebagai bilik stro, terdapat perigi ditengahnya.

Perigi istana kota di bilik bawah tanah.

Sebagai kubu dan kubu kuat diraja, Orford melalui hayat yang singkat dan biasa. Sebaik saja istana kota itu siap ia digarison dan dibekalkan dengan bekalan apabila anak lelaki Henry paling tua, dengan sokongan Bigod, mengancam untuk menyerang. Pemberontakan itu gagal, dan istana kekal tidak terjejas. Ia ditawan oleh Perancis pada tahun 1217, dan selepas itu diperbaiki, tetapi tidak pernah lagi digunakan oleh raja. Selepas beberapa tahun disewakan, Istana kota Orford akhirnya diberikan pada Earl dari Suffolk oleh Edward III, dan dengan itu is mula merosot. Tidak diduduki dan terbiar selama beberapa abad, istana kota itu dibiarkan runtuh, dan tembok terakhir roboh pada tahun 1841. Ini merupakan istana kota pelik menakjubkan, Menara Ibu yang menakjubkan utuh merupakan struktur terselamat tunggal tinggal tersergam dikalangan bekas busut pertahanan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]