Istana kota Prudhoe

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Istana kota Prudhoe
Northumberland, England

Istana kota Prudhoe
Istana kota Prudhoe is located in Bumi
Istana kota Prudhoe
Istana kota Prudhoe (Bumi)
Jenis Motte-and-bailey ditukar kepada Menara Ibu dan berlaman (bailey)
Koordinat 54°57′50″N 1°51′14″W / 54.964°N 1.854°W / 54.964; -1.854Koordinat: 54°57′50″N 1°51′14″W / 54.964°N 1.854°W / 54.964; -1.854
Bahan
binaan
Batu
Pemilik
sekarang
Warisan Inggeris
Dibuka kepada
 awam
Ya

Istana kota Prudhoe merupakan salah sebuah istana kota yang terletak di Britain. Ia kini hanya tinggal dalam bentuk puing runtuhan. Kebanyakan bangunaan binaan yang masih ada bertarikh dari kurun ke dua belas, sungguhpun tapak istana kota Prudhoe memiliki asal Norman yang kuat. Sebagai kubu kukuh, kediaman baron, dan pusat pentadbiran yang berkuasa, istana kota Prudhoe telah memainkan banyak peranan aktif sepanjang sejarahnya. Terletak di lembah Tyne di Northumberland, ia tidak dapat mengelak daripada terbabit dalam perang Sempadan antara Scotland dan England, dan telah dikepung pada masa berbeza.

Tapak istana kota Prudhoe adalah secara kasarnya berbentuk nombor lapan, laman dalam (baileys) kini dipisahkan oleh rumah agam Georgian yang di bina di atas tapak bangunan kediaman lebih awal. Dalam laman dalam, , bangunan paling utama adalah menara besar. Pada asalnya setinggi dua tingkat, menara itu telah diperbesarkan pada kurun ke empat belas/lima belas untuk memberikan tingkat tambahan dengan turet. Hanya turet barat daya yang masih wujud, dan ketinggian asal menara dapat dilihat dari kesan garisan atapnya yang menganjur sepanjang dengan bahagian dalam tembok barat. Bersebelahan dengan menara besar terletak barisan bangunan kurun ke tiga belas yang dikenali sebagai bangunan hadapan, tetapi dinding barat struktur ini kemudiannya disekalikan kedalam bangunan rumah agam kurun ke sembilan belas.Towards Ke arah barat halaman dalam terdapat dua menara bulat, yang juga bertarikh dari kurun ke tiga belas. Menara di sebelah sudut barat laut laman hampir utuh, sementara hanya dasar menara yang kekal bagi menara barat daya laman.

Daripada beberapa bangunan awal terletak dalam laman luar, menara besar merupakan yang paling penting dan mengkagumkan. Kini hanya asas yang melekat pada tembok pertahanan utara yang masih kelihatan, tetapi petunjuk mengenai kemewahannya masa lalu telah dijumpai. Disebelah barat dewan besar, terletak satu siri bangunan perkhidmatan domestik, termasuk rumah penapaian kurun ke enambelas. Disebelah selatan terdapat serpihan peninggalan bangunan zaman pertengahan, kemungkinannya pernah digunakan sebagai rumah tumpangan. Bangunan yang mengkagumkan kerana masih utuh sehingga hari ini adalah rumah pagar kurun ke dua belas, struktur ringkas dengan laluan pintu masuk melalui beberapa turutan gerbang. Semasa kurun ke tiga belas sebuah gereja chapel di bina di atas rumah pagar, dan tingkap narrow lancet windows dapat dilihat dari laluan masuk. Sambungan lanjut pada rumah pagar, di bina di atas chapel, di tambah pada kurun ke empat belas, dan kemudian menara luar (barbican) di bina padanya.

Pelan Istana kota Prudhoe pada pertengahan kurun ke-19: A - bangunan moden; B - barbikan; C- tandas/guardrobe; D - menara; F - tapak gereja kecil/chapel; G - laluan masuk; M - kolam pengisar.

Istana kota Prudhoe jatuh ke tangan keluarga Percy yang terkenal jahat pada tahun 1398 melalui perkahwinan, apabila kesemua lelaki dalam keluarga Unfraville hapus. Disebalik beberapa tempoh kehilangannya sepanjang tempoh 200 tahun, istana kota ini kekal dimiliki oleh Duke dari Northumberland, yang merupakan keturunan langsung dari baron Northumberland kurun ke empat belas yang berkuasa, Sir Henry Percy.

Pandangan pintu masuk hadapan istana kota
Istana kota Prudhoe di “England Silam: Satu Muzium Bergambar ” (1845) oleh C. Knight

Sungguhpun didiami secara berterusan, semasa kurun e tujuh belas kebanyakan bahagian Istana kota Prudhoe telah menjadi terbiar runtuh dan dalam tempoh 100 tahun berikutnya mula runtuh. Pada permulaan kurun ke sembilan belas, Duke dari Northumberland ke-2 memulakan kerja pembaikian penting pada menara dan tembok, tetapi kebanyakan puing runtuhan telah dibersihkan pada tempoh ini. Kerja pengubahsuaian lanjut dilakukan pada tahun 1912 dan, sejak 1966 ia telah dijaga secara berkala oleh kerajaan Negeri.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • The David and Charles Book of Castles (1980) Plantagenet Somerset Fry (ISBN 0715379763) p282.
  • History of Northumberland Vol XII (1926) Miss M H Dodds pp 111–125
  • Historic Sites of Northumberland & Newcastle upon Tyne (2000) Glen Lyndon Dodds (ISBN 0952512211)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]