Isteri vs Tunang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Isteri vs Tunang
GenreDrama, cinta, komedi
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Isteri Vs Tunang karya Aisya Azahar
PengarahMichael Ang
Dibintangi oleh
Hisyam Hamid
Scha Al-Yahya
Sharifah Sakinah
Azrel Ismail
Lagu pembukaan"Pencuri Hati'" - Ayda Jebat
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod16
Penerbitan
Tempoh siaran42 Minit
Syarikat penerbitan
Cube Film Sdn Bhd
Syarikat pengedaran
Astro
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria (Slot MegaDrama)
Format gambarHD
Format audioDolby Digital 5.1
Siaran asal1 Februari 2016 – 26 Februari 2016
Kronologi
MengikutiSha & Shah
Diikuti olehAku Bukan Bimbo

Isteri Vs Tunang ialah sebuah siri drama televisyen melayu tahun 2016 arahan Micheal Ang. Dibintangi oleh Hisyam Hamid, Scha Al-Yahya, dan Sharifah Sakinah. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 1 Februari 2016 menggantikan Sha & Shah. [1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Insiden yang berlaku dengan Zaim, seorang lelaki yang angkuh di mata Alana membangkitkan kemarahan gadis itu lantas tanpa berfikir panjang telah mencabar lelaki itu untuk mengahwininya. Demi ego seorang lelaki,Zaim menyahut cabaran itu.

Kehadiran Irfan Fakhrul dirasakan tepat pada waktunya. Dengan bantuan lelaki itu, Alana meminta dia menyamar sebagai kekasihnya dan berjumpa dengan orang tua Alana bagi membatalkan pertunangan antara Alana dan Zaim. Bantahan daripada Encik Dahlan menyebabkan Alana terpaksa akur untuk mengahwini Zaim demi menjaga nama baik dua keluarga. Setelah berasa puas kerana dapat menyahut cabaran Alana, Zaim kembali menjalinkan hubungan dengan Amira Irdina, bekas tunangnya.

Bagaimanakah kesudahan hubungan Alana dan Zaim? Mampukah bahtera yang didirikan atas dasar ego dan tanpa cinta berkekalan? Atau berjayakah Amira menyingkirkan Alana dari kehidupan Zaim? Siapakah sebenarnya orang ketiga? Amira? Alana? Antara isteri vs tunang. Yang manakah akhirnya menjadi pilihan?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Malam Throwbaek Drama 2017

  • Watak Paling Meminta-Sharifah Sakinah -Top 5
  • Otai Paling Throwbaek-Liza Abdullah-Top 5

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Isteri Vs Tunang. MyInfoTaip. Dicapai 3 Ogos 2021