Natasha Elyzza

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Natasha Elyzza
Kelahiran
Natasha Elyzza binti Rohishim

(1994-10-19) 19 Oktober 1994 (umur 29)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2013–kini

Natasha Elyzza Rohishim (lahir 19 Oktober 1994) ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia, berasal dari Petaling Jaya, Selangor.[1] Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan pada 2013 dan mula dikenali umum menerusi drama Duri Di Hati yang disiarkan di TV3.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Natasha Elyzza, mesra dengan panggilan Tasya membuat kemunculan pertamanya dalam bidang lakonan ialah menerusi drama Duri Di Hati yang disiarkan di Slot Azalea TV3, kemudian diikuti oleh Bila Hati Perempuan Menjerit di Astro Prima.

Kerjaya filem beliau bermula pada 2017 apabila ditawarkan membintangi filem Kimchi Untuk Awak arahan Michael Ang lakonan Aiman Hakim Ridza dan Emma Maembong; menjayakan watak sebagai Yoo Ri. Filem ini ditayangkan pada 30 Mac 2017.[3]

Pada tahun 2018, Natasha berlakon dalam tiga siri drama, antaranya ialah Rahsia Hati Perempuan.

Sebelum covid-19, sempat membintangi telefilem 'Dah Mati Pun Cantik' yang turut dibintangi aktor dan aktress ternama, Faizal Hussein dan Datin Lisa Surihani. Agak mencabar kerana perlu dimandikan seperti sekujur mayat dan menjalani pengambaran di dalam bilik mayat sebenar.

Tahun 2021, membintangi drama bersiri 'Lockdown 2' dalam episod bersama Rozita Che Wan,Wan Maimunah,Janna Nick,Dini Schatzmann. Terbitan U2 Media sdn bhd untuk tayangan Astro pada tahun 2022. Arahan Izuan Mokhtar dan Ain Shariff.

2022, telefilem 'Angah' yang dilakonkan bersama Puteri Balqis dan Aleeza Shadan mendapat sambutan ramai. Lebih-lebih lagi selepas klip telefilem ini dimuat naik di platform tiktok.

Juga berkesempatan membuat penampilan di dalam Sepahtu Reunion Live. Tasha mengakui dia sedikit gementar dan gemuruh disamping mengalami 'stage fright' kerana buat pertama kali perlu berlakon pementasan secara langsung dan perlu menyanyi.

Membintangi drama bersiri seram di TV3, 'Remang' dalam episod 8 sebagai Atiqah, kisah sekumpulan pelajar kolej menjalani pengambaran filem pendek di sebuah banglo tinggal.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Natasha sebelum ini pernah dikaitkan dengan isu rakaman video aksi 'panas' melibatkan wanita mirip pelakon Fathia Latiff. Beliau memohon maaf berhubung penyebaran rakaman itu melalui media sosial.[4][5]

Natasha bersama pelakon Mimi Lana dan Fivi Mae ditahan selepas kediaman mereka di Subang Jaya, Selangor, diserbu oleh pihak polis pada 18 September 2015. Dalam serbuan itu, polis menemui satu beg mengandungi tiga paket plastik lutsinar yang mengandungi ganja seberat 15.74 gram dan bilah pisau atas almari baju dalam bilik kedua kediaman mereka. Beliau dipenjarakan selama 11 hari. Natasha dibebaskan pada 29 September selepas hasil siasatan mendapati dadah berkenaan bukan milik beliau.[6]

Menetap di Shah Alam, ramai yang tertarik dengan wajahnya yang seperti gadis Cina. Sebenarnya beliau memang berketurunan Cina-Malaysia. Beliau mewarisi darah Cina dari ibunya, Farah Lily Hoe, yang memeluk agama Islam sebelum berkahwin dengan bapanya, Rohishim, yang berdarah Melayu-Benggali. Namun begitu, Natasha tidak tahu berbahasa Cina kerana dibesarkan dengan budaya Melayu dan bertutur bahasa Melayu seharian.

Dia juga seorang penggemar kucing, kucing yang dimilikinya setakat ini melebihi 16 ekor kesemuanya. Antara nama-nama kucing belaannya ialah Justin, Cotton, Casper, Dior, Charming, Koala, Miki, Marble, Hailey, Kenzo, Luna dan Sunkiss.

Pada 13 Disember 2020, Natasha memuatnaik kandungan di Instastory miliknya tentang kematian bapanya. Dia terkilan kerana tidak sempat berada disamping arwah sebelum menghembuskan nafas terakhir, walaupun beliau hadir sepanjang majlis pengebumian berlangsung. Ibu dan bapanya sudah berpisah sejak dia berusia 10 tahun.

Kerap berkongsi aktiviti riadah,berhibur bersama rakan selebriti,Emma Maembong keduanya berkawan rapat sebelum masing-masing mula memasuki dunia hiburan.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2017 Kimchi Untuk Awak Yoo Ri Filem pertama
2023 Syaitan Munafik

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2013 Duri Di Hati Fify TV3 Drama pertama
Bila Hati Perempuan Menjerit Astro Prima
2013–2014 Projek Memikat Suami Mel Astro Ria
2014 Selamat Pengantin Madu Nabila TV3
Astana Cinta Aleesa TV9 Penampilan khas
2015 Dunia Generasi Baru Siska Slot Aurora
Isteri Separuh Masa Mai Astro Ria
M.A.I.D. Zaura
Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa Tomako (muda) Astro Bella
Tersuka Tanpa Sengaja Azrina Astro Ria
2016 Isteri vs Tunang Sara
Cinta Roller Coaster Athirah TV3 Slot Dahlia
Lelaki Macam Dia Nina Astro Ria
2017 Papa Ricky Fifi Astro Prima
Megat Extend Niki Astro Warna
2018 Kelas 3 Cempaka TV1
Rahsia Hati Perempuan Suri/Ibu Mikael Astro Ria
Terima Aku Seadanya Vanes ntv7
Aku Cinta Dia Ariana TV3
2019 Setelah Terlafaznya Akad Yana Astro Ria
2021 Marry Me Senorita Shelli
The Hotel Umairah
Malaysian Ghost Stories Siti Episod: "Penunggu Rumah Banglo"
The Hotel 2: Jiwa Yang Kau Puja Umaira
2022 Misi Anak Bulan TV9
Remang TV3
2023 I Love You Mr Clown Zerry
Bintang Kamelia
My Famous Ex-Boyfriend Yaya Astro Ria Slot Drama
Jangan Lupa Janji Mia
2024 Layang Layang Perkahwinan Nur Maya Astro Ria

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2014 Mujibur Mari Sheila Astro Warna
2016 Swadee Thirat Thirat TV1
Payung Emas TV AlHijrah
2019 Boyfriend Aku Dari Neraka Nadia Astro Citra
Dah Mati Pun Cantik
2022 Angah Along Astro Ria
Raya Talak Satu
Ke Hujung Nyawa Maya TV AlHijrah
Bisik-Bisik TV1

Model Klip[sunting | sunting sumber]

Tahun Lagu Artis
2020 "Hilang" Kumpulan Umbrella

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Biodata Natasha Elyzza Azhan.co. Dicapai pada 10 Jun 2018.
  2. ^ Ifqdar Rahman (18 Februari 2014). Natasha Elyzza demand? Diarkibkan 2018-10-06 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 1 Mac 2014.
  3. ^ Nan Hidayat Nan Azmee (2 April 2017). "Kimchi Untuk Awak suntik rasa cinta yang makin pudar". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-15. Dicapai pada 13 April 2017.
  4. ^ Feride Hikmet Atak (18 September 2017). Mohon maaf isu video Berita Harian. Dicapai pada 18 September 2017.
  5. ^ Siti Athirah Dzulkifly (21 April 2018). Natasha Elyzza: Sungguh, saya menyesal Utusan Malaysia. Dicapai pada 29 Mei 2018.
  6. ^ Kenangan raya paling syahdu Utusan Malaysia (5 Julai 2016). Dicapai pada 11 Oktober 2016. "Natasha pernah beraya sebagai tahanan, sesuatu yang cukup menginsafkan".

Pautan luar[sunting | sunting sumber]