Jabatan Polis Lembaga Pelabuhan New York dan New Jersey
Jabatan Polis Lembaga Pelabuhan New York dan New Jersey (Bahasa Inggeris: Port Authority of New York and New Jersey Police Department atau Port Authority Police Department, PAPD), ialah sebuah agensi penguatkuasaan undang-undang di negeri New York dan New Jersey yang bertanggungjawab melindungi segala kemudahan yang dimiliki oleh Lembaga Pelabuhan New York dan New Jersey, serta menguatkuasa undang-undang negeri dan bandaraya di kesemua kemudahan itu. PAPD dimiliki dan dikendalikan oleh Lembaga Pelabuhan New York dan New Jersey, sebuah agensi dwinegeri yang mengurus jambatan-jambatan, terowong-terowong, lapangan-lapangan terbang, dan pelabuhan-pelabuhan di kawasan Pelabuhan New York dan New Jersey. PAPD merupakan angkatan polis ke-24 terbesar di Amerika Syarikat.
Rujukan [sunting]
Pautan luar [sunting]
- Port Authority of NY/NJ Police
- Port Authority Police Memorial
- Port Authority Police Benevolent Association
- Port Authority Police vehicles
| Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |