Jackalope

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Arnab yang dijangkiti virus Papiloma Shope
Gambarajah "kelinci bertanduk" dalam Plat XLVII Animalia Qvadrvpedia et Reptilia (Terra) oleh Joris Hoefnagel, c. 1575.

Jackalope ialah sejenis makhluk mitos dalam budaya rakyat Amerika Utara yang diperikan sebagai seekor arnab atau kelinci (jackrabbit) yang bertanduk antelop atau rusa, dan adakalanya berekor dan bertungkai belakang seperti burung kuang.

Ada kemungkinan bahawa legenda jackalope diilhamkan oleh pemerhatian arnab yang dijangkiti virus Papiloma Shope yang menyebabkan ketumbuhan tumor seakan-akan tanduk pada kepala atau tubuh arnab.[1][2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jacks for Real
  2. ^ Eberhart, George M. "Mysterious Creatures: Creating A Cryptozoological Encyclopedia." 2005. Journal of Scientific Exploration. Vol. 19, No. 1, pp. 103-113

Pautan luar[sunting | sunting sumber]