Jalan Diraja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Jalan Diraja Parsi merupakan sebuah lebuh raya purba yang dibina oleh raja Parsi Darius I pada Abad Kelima BCE. Darius membina jalan ini bagi memudahkan komunikasi yang pesat seluruh empayar yang besar yang merentangi daripada Susa hingga ke Sardis. Utusan-utusan khas ini boleh mengembara 1,677 batu (2,699 km) dalam tempoh tujuh hari. Sejarahwan Yunani Herodotus menulis, "Tiada apa di dunia ini yang mengembara lebih pantas daripada utusan-utusan khas Persian ini." Pujian Herodotus untuk utusan ini — "Tidak salji ataupun hujan ataupun panas ataupun kegelapan malam yang mencegah mereka daripada menyempurnakan tugas yang ditugaskan kepada mereka dengan kepantasan sepenuhnya" — adalah inspirasi untuk cogan kata tidak rasmi pembawa pos.

Laluan Jalan Diraja[sunting | sunting sumber]

Laluan jalan ini telah dibina semula daripada karya Herodotus, penyelidikan arkeologi, dan arkib lain. Ia bermula di barat Sardis (kira-kira 60 batu ke timur di Izmir, kini Turki), menuju ke timur melalui melalui apa yang sekarang ini merupakan bahagian tengan utara Turki ke ibu negara Assyria purba Nineveh (kini Mosul, Iraq), kemudiannya melalui ke selatan ke Babylon (Baghdad masa kini, Iraq).