Turki
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
| Republik Turki
Türkiye Cumhuriyeti
|
||||||
|---|---|---|---|---|---|---|
|
||||||
| Cogan kata: tiada (Tidak rasmi: "Yurtta Barış, Dünyada Barış"1 "Keamanan di rumah, keamanan di dunia") |
||||||
| Lagu: İstiklâl Marşı Perarakan kemerdekaan |
||||||
| Ibu negara | Ankara |
|||||
| Bandar raya terbesar | İstanbul | |||||
| Bahasa rasmi | Bahasa Turki | |||||
| Kerajaan | Republik Parlimen | |||||
| - | Presiden | Abdullah Gül | ||||
| - | Perdana Menteri | Recep Tayyip Erdoğan | ||||
| Mengganti | kepada Empayar Uthmaniyyah2 | |||||
| - | Perang Kemerdekaan | 19 Mei 1919 | ||||
| - | Penubuhan Parlimen | 23 April 1920 | ||||
| - | Deklarasi Republik | 29 Oktober 1923 | ||||
| - | Air (%) | 1.3 | ||||
| Penduduk | ||||||
| - | Anggaran 2005 | 72,600,000 (173) | ||||
| - | Banci 2000 | 67,803,927 | ||||
| KDNK (PPP) | Anggaran 2006 | |||||
| - | Jumlah | $612.3 billion (17) | ||||
| - | Per kapita | $8,385 (75) | ||||
| HDI (2006) | 0.757 (sederhana) (92) | |||||
| Mata wang | Lira baru Turki4 (TRY) |
|||||
| Zon waktu | EET (UTC+2) | |||||
| - | Musim panas (DST) | EEST (UTC+3) | ||||
| Internet TLD | .tr | |||||
| Kod panggilan | +90 | |||||
| 1 "Yurtta sulh, cihanda sulh" (bahasa turki asal). 2 Perjanjian Lausanne (1923). 3 Kedudukan berdasarkan anggaran tahun 2005. 4 Lira baru Turki (Yeni Türk Lirası - YTL) menggantika Lira Turki pada 1 Januari 2005. |
||||||
Republik Turki (bahasa Turki: Türkiye Cumhuriyeti), secara rasmi dipanggil Republik Turki, ialah sebuah negara Eurasia di Timur Tengah yang terletak di antara benua Eropah dan Asia. Sebahagian besar Turki terletak di Semenanjung Anatolia di Asia dan bahagian kecil wilayahnya terletak di Wilayah Balkan Barat Laut Benua Eropah. Turki bersempadan dengan 8 negara, iaitu Bulgaria di barat laut; Greece di barat; Georgia, Armenia dan Azerbaijan di timur laut; Iran di timur; dan Iraq dan Syria di tenggara. Selain itu, ia menyempadani Laut Hitam di utara, Laut Aegea di barat, dan Laut Mediterranean di selatan. Turki juga mengandungi Laut Marmara yang dipergunakan oleh para ahli geografi untuk menandakan sempadan di antara Eropah dan Asia dan oleh itu, menyebabkan Turki merupakan sebuah negara rentas benua. [1]
Kawasan yang terdiri daripada Turki moden telah melihat kelahiran peradaban-peradaban utama, termasuk Empayar Byzantin dan Empayar Turki Uthmaniyyah. Disebabkan oleh lokasinya yang strategik di persilangan dua buah benua, budaya Turki merupakan campuran budaya Timur dan Barat yang unik yang sering diperihalkan sebagai jambatan antara dua buah peradaban. Dengan kewujudan kawasan yang kuat dari Adriatik ke China di dalam jalur tanah di antara Rusia dan India, Turki telah memperoleh kepentingan strategik yang semakin bertumbuh. [2][3]
Turki ialah sebuah republik berperlembagaan yang demokratik, sekular, dan satuan. Sistem politiknya diasaskan pada tahun 1923 di bawah pimpinan Mustafa Kemal Atatürk selepas kejatuhan Empayar Otoman, akibat Perang Dunia I. Sejak itu, Turki telah beransur-ansur bergabung dengan Barat sementara menjalin hubungan dengan dunia Timur. Negara ini ialah salah satu ahli pengasas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, [4] Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), [5] Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan, [6] dan Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah, [7] serta negara ahli Majlis Eropah sejak tahun 1949, [8] dan NATO sejak tahun 1952. [9] Sejak tahun 2005, Turki adalah satu-satunya negara Islam pertama yang berunding menyertai Kesatuan Eropah, setelah merupakan ahli bersekutu sejak tahun 1963. [10] Turki juga merupakan ahli negara perindustrian G20 yang mempertemukan 20 buah ekonomi yang terbesar di dunia.
[sunting] Rujukan
- ↑ Universiti Sabancı (2005). "Geografi Turki". Universiti Sabancı. http://www.sabanciuniv.edu/socrates/ects/go.php?page=turkey_geography. Retrieved 13 Disember 2006.
- ↑ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; teks bagi rujukanAtaturktidak disediakan - ↑ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; teks bagi rujukanOttoman_Turkeytidak disediakan - ↑ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (3 Julai 2006). "Pertumbuhan keahlian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (1945-2005)". Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. http://www.un.org/Overview/growth.htm. Retrieved 30 Oktober 2006.
- ↑ Pertubuhan Persidangan Islam (2006). "Keahlian OIC". OIC. http://www.oic-oci.org/english/main/member-States.htm. Retrieved 30 Oktober 2006.
- ↑ OECD (2006). "Keahlian OECD". OECD. http://www.oecd.org/document/48/0,2340,en_2649_201185_1876912_1_1_1_1,00.html. Retrieved 30 Oktober 2006.
- ↑ Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (2005). "Negara-negara peserta OSCE". OSCE. http://www.osce.org/about/13131.html#T. Retrieved 30 Oktober 2006.
- ↑ Majlis Eropah (27 Oktober 2006). "Turki dan Majlis Eropah". Majlis Eropah. http://www.coe.int/T/E/Com/About_Coe/Member_states/e_tu.asp#TopOfPage. Retrieved 30 Oktober 2006.
- ↑ NATO. "Greece dan Turki menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara". NATO. http://www.nato.int/multi/photos/1952/m520218a.htm. Retrieved 30 Oktober 2006.
- ↑ Turkish Sekretariat Turki untuk Hal-ehwal Kesatuan Eropah. "Kronologi hubungan Turki-Kesatuan Eropah". Sekretariat Turki untuk Hal-ehwal Kesatuan Eropah. http://www.abgs.gov.tr/en/tur-eu_relations_dosyalar/chronology.htm. Retrieved 30 Oktober 2006.
[sunting] Pautan luar
|
|
|
|---|---|
| Ahli | Amerika Syarikat · Belanda · Belgium · Bulgaria · Kanada · Republik Czech · Denmark · Estonia · Perancis · Jerman · Greece · Hungary · Iceland · Itali · Latvia · Lithuania · Luxembourg · Norway · Poland · Portugal · Romania · Slovakia · Slovenia · Sepanyol · Turki · United Kingdom |
| Calon | Albania · Croatia · Georgia · Republik Macedonia |
|
|||||
|
|
|
|---|---|
| Afghanistan · Arab Saudi · Armenia · Azerbaijan1 · Bahrain · Bangladesh · Bhutan · Brunei · China · Republik China (Taiwan)2 · Cyprus · Emiriah Arab Bersatu · Filipina · Georgia1 · India · Indonesia4 · Iran · Iraq · Israel · Jepun · Jordan · Kazakhstan1 · Kemboja · Korea Utara · Korea Selatan · Kuwait · Kyrgyzstan · Laos · Lubnan · Malaysia · Maldives · Mesir3 · Mongolia · Myanmar · Nepal · Oman · Pakistan · Qatar · Rusia1 · Singapura · Sri Lanka · Syria · Tajikistan · Thailand · Timor Leste4 · Turki1 · Turkmenistan · Uzbekistan · Vietnam · Yaman3 ·
|
|
|
|
|---|---|
| Turk Barat | Azerbaijan · Gaugazia (Moldova) · Kazakhstan · Uzbekistan · Bashkortostan (Rusia) · Kabardino-Balkaria (Rusia) · Tatarstan (Rusia) · Xinjiang (China) · Chuvashia (Rusia) · Karachay-Cherkessia (Rusia) · Turki · Republik Turki Utara Cyprus · Karakalpakistan (Uzbekistan) · Turkmenistan |
| Turk Timur | Republik Altai (Rusia) · Tuva (Rusia) · Khakassia (Rusia) · Kyrgyzstan · Republik Sakha (Rusia) |