Jalan Pintas ke Neraka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jalan Pintas ke Neraka ialah sebuah telefilem yang disiarkan pada 5 Julai 2008 di slot Cerekarama TV3, dibintangi. Telefilem terbitan Zeel Productions ini dibintangi oleh Rita Rudaini, Eizlan Yusoff, Remy Ishak, Razali Buyong, dan Maimon Mutalib. Jalan Pintas ke Neraka dicalonkan untuk Drama Terbaik dalam Anugerah Skrin 2009.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Seorang suri rumahtangga berasa bosan di rumah, meminta izin dari suaminya untuk bekerja di sebuah pusat kecantikan. Permintaannya itu diizin suaminya. Walau bagaimanapun, dia tidak menyangka bahawa seorang klien di pusat kecantikan itu menaruh hati padanya. Layanan mesra lelaki itu membuai hati wanitanya dan bermulalah detik kecurangan isteri dan kehancuran rumah tangga.