Remy Ishak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Remy Ishak
Latar belakang
Nama lahir Mohammad Zalimei Bin Ishak
Lahir 11 April 1982 (umur 30)
Asal Negeri Sembilan
Pekerjaan Pelakon
Tahun aktif 2006 - Sekarang

Mohammad Zalimei Bin Ishak atau lebih dikenali sebagai Remy Ishak merupakan seorang pelakon di Malaysia. Remy dilahirkan pada 11 April 1982 di Negeri Sembilan mula diperkenalkan ke industri perfileman Malaysia oleh sutradara indie Osman Ali pada tahun 2006. Beliau meraih kemasyhuran menerusi drama fenomena Nur Kasih arahan Kabir Bhatia yang ditayangkan di TV3 pada tahun 2009. Kini beliau dijolok dengan panggilan Hero Baru Malaya

Isi kandungan

[sunting] Latar belakang hidup

Sebelum bertemu Osman Ali, Remy hanyalah seorang pemuda kampung yang tidak pernah mengimpi akan kerjaya sebagai pelakon terkenal. Sebelum menjadi pelakon, Remy pernah bekerja di pasar pagi dengan menjual ikan dan ayam untuk membayar duit yuran persekolahan, menoreh getah, jadi kelindan lori, buruh kasar termasuklah membuat kerja landskap di tepi jalan dengan menanam pokok dan membina jambatan. [1]

Sebagai anak sulung daripada sebuah keluarga yang berpecah, Remy nekad untuk berusaha membantu keluarga terutama adik-adiknya yang masih bersekolah. Ketika berusia 18 tahun Remy menjudikan nasib untuk datang ke Kuala Lumpur mencuba nasib mencari kerja. Beliau pernah tidur di masjid untuk berteduh dari panas dan hujan. Dengan bantuan seorang kawan, dia dapat kerja di Hotel Mandarin Oriental.

" Apabila berhijrah ke Kuala Lumpur sembilan tahun lalu, saya bekerja sebagai pengemas bilik hotel, tetapi diberhentikan kerana kemelesetan ekonomi. Saya kemudian bekerja sebagai pelayan di sebuah kelab malam selama dua tahun. Sepanjang tempoh itu hati saya tidak tenteram, saya nekad berhenti dan bekerja sebagai pelayan di sebuah kafe di KLCC. Selepas itu saya dapat peluang bekerja sebagai pelayan di hotel lima bintang. Selepas beberapa tahun, pendapatan saya bertambah apabila diberi kepercayaan menjaga tetamu VIP," katanya dalam temubual pertamanya bersama media yang disiarkan pada 16 September 2007.[2]

[sunting] Bergelar aktor

Pada tahun 2005, Remy mendapat peluang berlakon melalui filem cereka pertama pengarah muda Osman Ali yang berjudul Akuarium Cinta apabila Remy menghadiri uji bakat yang dikendalikan Osman. Seminggu kemudian, wakil Osman memaklumkan beliau terpilih berlakon dalam Aquarium Cinta sungguhpun dia tidak ada latar belakang seni. Namun filem tersebut masih terbantut pembikinannya hingga kini dan hanya akan siap pada tahun 2010. Filem ini turut dibintangi aktres ternama Umie Aida dan aktres muda Raja Farah.

Kegagalan filem Akuarium Cinta untuk disudahkan menyebabkan Remy kecewa sekaligus menguburkan harapan beliau untuk mencuba sesuatu yang baru iaitu lakonan. Osman Ali nyata tidak berputus asa untuk memperkenalkan bakat Remy. Pada tahun 2006, Osman diberi peluang oleh studio Tayangan Unggul untuk mengarahkan filem komersil keduanya, Anak Halal sekaligus menawarkan Remy salah satu watak kecil dalam filem itu. Anak Halal dicipta daripada naskah filem pendek judul serupa yang pernah diarahkan Osman pada tahun 2001.

Menerusi Anak Halal, Remy melakonkan watak Shah, bekas mat rempit yang nekad meninggalkan lumba haram selepas terbabit dalam nahas jalan raya. Meskipun tidak lagi terbabit dalam aktiviti itu, Shah tetap ada pengaruh kuat di kalangan mat rempit dan dalam masa sama berkawan rapat dengan beberapa anak muda yang menetap di kawasan flat dan setinggan di Kuala Lumpur.

Selepas membintangi filem Anak Halal, Remy tidak boleh bergantung kepada kerja sebagai aktor, tambahan nama beliau langsung tidak dikenali dikalangan penerbit filem. Maka dengan itu, Remy kembali bekerja di hotel. Pun begitu, Remy sempat membintangi filem bebas berformat video digital berjudul Bernafas Dalam Lumpur arahan seorang lagi pengarah independent James Lee pada Ogos 2007. Menerusi filem ini, Remy hanya diberi peranan tambahan dimana beliau berpeluang berlakon bersama bintang hebat seperti Namron, Mislina Mustapha & filem ini juga merupakan penampilan pertama Tiz Zaqyah.

Dalam pada itu, Remy terlibat dalam sebuah filem pendek eskperimental berjudul Comolot, karya Amy Ikram; seorang pelajar jurusan seni perfileman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Comolot mengundang kontroversi kerana berkisar tentang homoseksual yang masih dianggap sebagai subjek sensitif di Malaysia. Remy Ishak dalam filem pendek ini dipaparkan sebagai seorang yang melindungi identiti 'gay'nya dari pengetahuan tunangnya. Rahsianya terbongkar di suatu hari, apabila tunangnya ternampak beliau mandi bersama dengan seorang lelaki. Filem tersebut ditayangkan di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan pada pertengahan 2007; beberapa bulan sebelum filem Anak Halal menjengah pawagam.

Tahun 2007 juga Remy membuat kemunculan pertamanya di kaca TV menerusi slot Festival di saluran nTV7 apabila filem bebas Bernafas Dalam Lumpur disiarkan di kaca TV dan kemudian; Remy membintangi drama bersiri 30 episod Tak Pernah Ku Sesali yang disiarkan di TV1. Tahun itu juga Remy kembali ke lokasi bersama Osman Ali apabila sutradara tersebut memilih Remy untuk terlibat dalam projek mininovela Di Penghujung Senja dimana Remy memegang watak sebagai juruteknik. Remy digandingkan bersama aktres Noorkhiriah Ahmad Shapie dan aktor cilik Shafimie Saedon. Mininovela merupakan kesinambungan pertandingan cerpen Fair & Lovely MiniNovella Penuhi Hasrat Hatiku anjuran bersama Harian Metro. Pertandingan yang berakhir pada 31 Julai 2007 ini memilih 12 karya terbaik yang dirasakan serasi dalam merealisasikan impian penulis. Daripada 12 karya itu, tiga cerpen terbaik diadaptasikan kepada drama dalam bentuk mininovela pendek berdurasi 30 minit.

Filem Anak Halal menemui penonton pada 7 Disember 2007 dan menjadi sebuah filem box office sekaligus memperkenalkan nama Remy Ishak kepada rakyat Malaysia dan karyawan filem. Sejak itu Remy terus aktif di arena perfileman dan televisyen dengan membintangi drama-drama popular serta filem-filem terkini. Remy juga dianggap sebagai salah seorang aktor muda yang bakal diangkat sebagai Hero Malaya kerana fizikal dan bakatnya persis Pemuda Melayu Terakhir.

Kini, Remy terus mengorak langkah dengan drama terbaru yang cukup popular arahan pengarah dari India, Kabir Bhatia - Nur Kasih. Dalam Nur Kasih, beliau membawa watak Adam, anak bongsu kepada Ustaz Hassan (lakonan Dato' Jalaluddin Hassan) dan Hajah Khadijah (Liza Othman). Drama ini sudahpun tamat disiarkan di TV3 dan ditonton hampir 28 juta penonton. Kemudian drama Nur Kasih telah di filemkan sekitar Mei 2011 dan mendapat sambutan yang memberangsangkan. Antara drama Remy Ishak pada 2012 ialah Aduh Sayang & Runtuhnya sebuah dosa, lakonan beliau dan Tiz Zaqyah sering mendapat sambutan oleh peminat industri tanah air.

[sunting] Episod percintaan

Remy dikaitkan dengan aktres muda Ummi Nazeera pada 2008 dan menafikannya. Pada 2009 pasangan ini dilihat lebih terbuka mempamerkan cinta. Setelah berlaku insiden yang menimbulkan kontroversi pada Disember 2009, Remy dan Ummi memutuskan hubungan.

Pada awal Januari 2010, Remy memaklumkan bahawa beliau kini rapat dengan pelakon Tiz Zaqyah yang merupakan gandingan serasinya dalam drama TV Nur Kasih.

[sunting] Kontroversi

Sebagai aktor popular Remy tidak lepas daripada disogok dengan pelbagai cerita panas. Bermula dengan isu filem gay (Comolot), Remy berdepan pula dengan tuduhan tidak mesra wartawan. Omelan beberapa wartawan yang sukar mendapatkan Remy untuk temubual menjadi bahan cerita hingga Remy tampil memperbetul kedudukan.

Namun, kontroversi paling hebat dalam karier seni Remy adalah peristiwa didakwa mengasari seorang anak ahli perniagaan sehingga menyebabkan dirinya dipukul sekumpulan tujuh lelaki di Istana Budaya pada 4 Disember 2009; malam pementasan teater Natrah. Sebaliknya Remy sedikit pun tidak menjangka akan diserang kerana tidak pernah melakukan sebarang kesalahan. Remy bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut. Menurut Remy, kejadian itu bagaimanapun tidak mengganggu penampilannya dalam teater arahan Erma Fatima terbabit dan tidak mengalami kecederaan teruk. Katanya, buat waktu ini beliau tidak mahu mengulas panjang kerana bimbang kenyataannya akan mengganggu siasatan polis. Remy membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Tun Razak sejurus selepas insiden itu.

[sunting] Filmografi

Filem
Tahun Judul & Arahan Peranan Nota
2007 Anak Halal

Tayangan Unggul

Shah

Watak Pembantu

2009 Duhai Si Pari-pari

Tayangan Unggul

Budi

Watak Utama

2010 Hooperz

Grand Brilliance

x

Watak Utama

Evolusi KL Drift 2

Grand Brilliance & Skop Production

Inspektor Kamal

Watak Pembantu

Pencalonan - Pelakon Harapan Lelaki FFM 23
2011 Cun!
  • Osman Ali
Atan

Watak Utama

Aktor Filem Terbaik - Anugerah Skrin 2011
Dalam Pembikinan Akuarium Cinta

Tayangan Unggul

x

Watak Utama

* mula dibikin pada 2005.
Jebat
  • TBA
Hang Jebat

Watak Utama

* pra-produksi
Filem Pendek & Dokumentari
Tahun Judul & Arahan Peranan Nota
2007 Comolot

ASWARA

Daniel

Watak utama

[sunting] Televisyen

Filem Televisyen
Tahun Judul Peranan Saluran Nota
2007 Bernafas Dalam Lumpur -

Watak tambahan

nTV7 * Filem bebas berformat video digital
Mininovela - Di Penghujung Senja Azlan

Watak utama

TV9
2008 Iktikaf X

Watak utama

TV1
Takbiratul Ihram X

Watak utama

Astro Ria
Jalan Pintas ke Neraka Razlan

Watak Pembantu

TV3 (Pencalonan) Aktor Pembantu Terbaik Anugerah Skrin 2009
Biarkan Aku Berdiri Jeffri

Watak utama

TV2
Sesuci Kasih X

Watak utama

TV3
2009 Cinta Tiga Teruna X

Watak utama

TV2
Bisikan Subuh X

Watak utama

TV3
Bila Syaitan Berbisik Brian

Watak utama

TV2
Drama Bersiri
Tahun Judul Peranan Saluran Nota
2007 Tak Pernah Ku Sesali X

Watak Pembantu

TV2 ; 30 Episod
2008 Sindarella Tengku Haidar

Watak Utama

TV3, Slot Lestary ; 26 Episod
Obsessi Tengku Azuddin

Watak Utama

TV3, Slot Samarinda ; 24 Episod
Awan Dania Musim Pertama x

Watak Utama

Astro Ria ; 16 Episod
2009 Nur Kasih Adam Hassan

Watak Utama

TV3; 26 Episod
Suraya Azman

Watak Utama

TV3 , Slot Samarinda ; 24 Episod
2010 Arjuna Arjuna

Watak Utama

TV3

[sunting] Teater

Teater / Bangsawan atau Muzikal
Tahun Judul & Arahan Peranan Nota
2009 Natrah

KPKK

Mansor Adabi

Watak utama

[sunting] Pencapaian

  • Aktor Filem Terbaik (Filem Cun) - Anugerah Skrin 2011
  • Pelakon Lelaki Popular-Anugerah Bintang Popular 2009
  • Pelakon Lelaki Popular-Anugerah Bintang Popular 2010

[sunting] Rujukan

  1. Maafkan Remy!, Oleh Zaidi Mohamad.
  2. http://archives.emedia.com.my/bin/main.exe?f=doc&state=s3t712.3.1

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan