Jalur kuasa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jalur kuasa dengan lampu penunjuk neon.

Jalur kuasa (juga dikenali sebagai wayar sambungan, soket tambahan, dsb.) merupakan satu blok soket elektrik yang disambungkan melalui satu kabel boleh lentur ke plag utama bagi membolehkan berbilang peralatan elektrik berkongsi satu soket elektrik yang sama. Jalur kuasa sering digunakan bagi pelbagai jenis peralatan elektrik, terutamanya peralatan audio visual (seperti televisyen dan radio) serta sistem komputer. Jalur kuasa selalunya dilengkapi fius elektrik bagi mengehadkan arus elektrik yang melaluinya secara selamat. Terdapat juga jalur kuasa yang mempunyai pelindung pusuan bagi melindungi peralatan elektronik sensitif seperti komputer daripada pepaku voltan yang terhasil terutamanya semasa sambaran kilat.

Kawalan[sunting | sunting sumber]

Jalur kuasa boleh menyertakan satu suis untuk mematikan kesemua peralatan. Jalur kuasa untuk plag 3 pin pula mempunyai suis individu bagi setiap soket.

Jalur kawalan jauh pula membenarkan sekumpulan peralatan untuk dimatikan dari jauh, selalunya melalui Internet. Jalur kuasa sebegini selalunya digunakan di pusat data bagi membolehkan sistem komputer atau peranti lain dihidupkan semula dari jauh.

Kebanyakan jalur kuasa mempunyai lampu neon atau LED penunjuk untuk menandakan bekalan kuasa sudah dihidupkan. Jalur kuasa yang dilengkapi pelindung pusuan bermutu tinggi turut mempunyai lampu-lampu tambahan bagimenandakan status perlindungan pusuan, walaupun ia mungkin kurang boleh diharap sebagai lampu penunjuk.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Dan's Data - Power Conditioning". Dansdata.com. 2011-12-03. http://www.dansdata.com/sbs9.htm. Capaian 2012-03-09.