Jamal Yunos

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Hormat Dato' Sri

Jamal Yunos

SSAP (Pahang)
Ketua Komunikasi Barisan Nasional Selangor
Memegang jawatan
31 Julai 2022
Didahului olehIsham Jalil
Butiran peribadi
Lahir (1970-08-04) 4 Ogos 1970 (umur 53)
Sungai Leman, Sekinchan, Selangor
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PasanganDatin Sri Nurhanizatul Shida Mat Hassan
Pekerjaan
  • Usahawan
  • Ahli politik

Jamal Yunos bin Zareef merupakan seorang pengusaha kedai Ikan Bakar Sekinchan dari Sungai Besar, Selangor dan Ketua Pemuda UMNO cawangan Sungai Besar. Dilahirkan pada tahun 1970, juga merupakan aktivis "Baju Merah" untuk menentang Bersih 5.

Jamal Yunos pernah melarikan diri dari buruan polis mengunakan laluan tikus menggunakan laluan tikus lari ke Indonesia dan bersembunyi di ladang.[1] Walaupun masih menjadi buruan polis, Jamal Yunos menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno.[2] Beliau telah bertanding sebagai calon parlimen Sungai Besar atas tiket BN semasa pilihan raya ke-15 tetapi telah kalah kepada calon Perikatan Nasional.

Tuduhan memfitnah Siti Nurhaliza[sunting | sunting sumber]

Jamal dikecam oleh segelintir peminat industri hiburan tanah air kerana tindakannya menyindir penyanyi terkenal negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kurang subur kerana masih tidak mempunyai cahaya mata. Sindiran itu dibuat selepas Siti memuat naik gambar beliau dan mengkritik tindakannya bertuala tanda protes terhadap masalah bekalan air. Berikut ialah komen pedas beliau: "Pesanan saya kepada Siti. Jaga air sendiri yang tidak berapa subur itu, atau cari air lain".

Aksi memecahkan botol arak[sunting | sunting sumber]

Insiden ini berlaku berikutan bantahan golongan Baju Merah terhadap pesta arak "The Better Beer Festival 2017" yang dijadualkan untuk dianjurkan di Publika, Mont Kiara di bulan Oktober 2017 [1] Diarkibkan 2017-10-07 di Wayback Machine.

Berikutan bantahan dari badan bukan kerajaan, parti politik dan ahli ulama, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akur kepada tekanan, dan telah membatalkan penganjuran pesta tersebut.

Laporan polis dibuat dan polis menahan Jamal dan sepuluh orang pengikutnya untuk disiasat di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana berhimpun secara haram [2]. Ketika ditahan, Jamal berkata beliau "rela digari daripada membiarkan anak Selangor mabuk arak". [3] Diarkibkan 2017-10-07 di Wayback Machine.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. http://www.kwiknews.my/news/dbkl-tolak-permohonan-penganjuran-better-beer-festival-2017 Diarkibkan 2017-10-07 di Wayback Machine "DBKL Tolak Permohonan Penganjuran 'Better Beer Festival 2017"
  2. https://www.bharian.com.my/berita/politik/2017/09/324960/pas-kelantan-bantah-pesta-arak "Kelantan bantah pesta arak"
  3. https://www.malaysiakini.com/news/395895 "Polis dapat tahu rancangan pengganas di pesta arak"
  4. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jamal-yunos-pecahkan-botol-arak-tanda-protes-157023
  5. https://www.malaysiakini.com/news/397415 "Jamal ditangkap selepas aksi pecahkan botol arak"
  6. http://www.freemalaysiatoday.com/category/highlight/2017/10/06/saya-rela-digari-daripada-biar-anak-selangor-mabuk-arak-kata-jamal/"Saya Diarkibkan 2017-10-07 di Wayback Machine rela digari daripada biar anak Selangor mabuk arak, kata Jamal"