Jata negara Guatemala

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jata negara Guatemala diciptakan 1871 pada ulang tahun ke-50 kemerdekaannya dari Empayar Sepanyol dalam Republik Persekutuan Amerika Tengah. Perintah Eksekutif No. 33 18 November menggambarkannya seperti berikut:[1]

Las armas de la República serán: un escudo con dos rifles y dos espadas enlazadas con dos ramas de laurel, en cada campo celeste claro. El centro será cubierto con un pergamino, que contendrá la siguiente leyenda en letras de oro: Libertad 15 de setiembre de 1821; figurando en la parte superior un Quetzal como símbolo de la independencia y autonomía de la nación.
("Jata Republik akan menjadi: sebuah perisai disamping dua patah raifal dan dua bilah pedang menyilang dikelilingi selingkar daun dafnah atas sebidang warna biru langit. Tengahnya memegang segulung kertas kulit bertulis "Merdeka 15 September 1821" bertinta emas dan di atasnya seekor burung ketsal lambang kebebasan dan kemandirian negara [Guatemala].")

Jata ini direka Juan Bautista Frener, seorang pengukir yang bekerja dalam kilang wang Guatemala atas permintaan Presiden Miguel García Granados.[2][3] Keterangan rinci tepat rekaannya dilanjutkan dalam sepucuk surat perintah tarikh 12 September 1968 di bawah pemerintah President Julio César Méndez Montenegro.[4]

Raifal yang digambarkan pada jata negara ini jenama Remington[5] dikilangkan di Madison, Carolina Utara, Amerika Syarikat, jenama yang masih wujud dan digunakan para pejuang kemerdekaan Guatemala ketika itu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Cartilla cívica Libre al viento. Editorial Piedra Santa. 2002. m/s. 48. ISBN 9992258063.
  2. ^ Kwei, Ivon (6 September 2017). "El escudo de armas, símbolo patrio de Guatemala". Aprende Guatemala.com (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 25 May 2020.
  3. ^ "Símbolos Nacionales". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-02. Dicapai pada 2015-03-18.
  4. ^ "Bandera de Guatemal". Hoy en la Historia de Guatemala (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 25 May 2020.
  5. ^ "Guatemala". Flagspot.net. Diarkibkan daripada yang asal pada June 13, 2006. Dicapai pada January 31, 2016.