Empayar Sepanyol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Imperio Español
Empayar Sepanyol
Negara kesatuan

1492–1975
Cross of Burgundy Flag Jata
Ibu negara Toledo (1492-1561) Madrid (sejak 1561)
Bahasa Sepanyol
Agama Katolik Rom
Kerajaan Beraja
Raja
 - 1516-1556 Charles I
 - 1886-1902 Maria Christina dari Austria, Pemangku Raja semasa Raja Alphonse XIII masih kanak-kanak
Sejarah
 - Penemuan Amerika 1492
 - Penaklukan Empayar Aztek 1519-1521
 - Penaklukan Empayar Inca 1532–1537
 - Perang Amerika-Sepanyol 1975
Mata wang Real Sepanyol, Escudo Sepanyol

Empayar Sepanyol adalah salah sebuah empayar terawal dan terbesar dalam sejarah. Pada kurun ke-15 dan 16, Sepanyol merupakan pusat penjelajahan dan pengembangan koloni di Eropah. Ia juga membuka laluan perdagangan melalui laut, dengan perdagangan merentasi Lautan Atlantik di antara Sepanyol dan benua Amerika dan Lautan Pasifik antara Asia-Pasifik dan Mexico melalui Filipina. Conquistador memusnahkan peradaban Aztek, Inca, dan peradaban Maya, dan mendapat banyak tanah di Amerika Utara dan Selatan. Pada waktu ini, Empayar Sepanyol menguasai lautan melalui armada tentera laut berpengalaman dan mendominasi medan pertempuran Eropah dengan pasukan infantri yang sangat terlatih. Sepanyol menikmati satu zaman emas kebudayaan pada kurun ke-16 dan 17. Dengan empayar yang kaya dengan emas, Empayar Sepanyol juga digelar Empayar Matahari.

Permulaan satu Empayar (1402–1521)[sunting | sunting sumber]

Peta Anachronous semasa Kemahkotaan Aragon
Penyerahan diri raja Granada, Muhammad XII dengan kehadiran raja-raja Katolik.
Christopher Columbus mengambil kedudukan di La Española.

Perkahwinan Ferdinand II dari Aragon dan Isabella I dari Castile) mencipta satu kesatuan peribadi bagi kerajaan Aragon dan Castile. Pada tahun 1492, Sepanyol mengusir keluar raja Moor terakhir daripada Granada. Selepas kemenangan mereka, raja-raja Sepanyol telah membenarkan Christopher Columbus untuk cuba tiba ke India dengan belayar ke arah barat. Columbus sebaliknya "menemukan" Amerika. Ini memulkan penjajahan Sepanyol ke atas benua Amerika. Melalui Perjanjian Tordesillas pada 1494, dunia telah dibahagikan kepada dua hemisfera di antara Sepanyol dan Portugal. Oleh sebab itu, Sepanyol memiliki hak untuk memulakan penjajahan di seluruh Dunia Baru bermula di Alaska sehingga Cape Horn (kecuali Brazil), selain di Asia. Empayar Castile adalah akibat dari satu zaman pengembangan penjajahan yang pantas ke Dunia Baru, selain Filipina dan tanah jajahan di Afrika: Melilla telah ditawan oleh Castile pada tahun 1497 dan Oran pada 1509.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Archer, Christon et al., World History of Warfare. Lincoln: University of Nebraska Press, 2002.
  • Armstrong, Edward (1902). The emperor Charles V. New York: The Macmillan Company
  • Black, Jeremy (1996). The Cambridge illustrated atlas of warfare: Renaissance to revolution. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 0-521-47033-1
  • Braudel, Fernand (1972). The Mediterranean and the Mediterranean World in the Age of Philip II, trans. Siân Reynolds. New York: Harper & Row. ISBN 0-06-090566-2
  • Fernand Braudel, The Perspective of the World (part iii of Civilization and Capitalism) 1979, translated 1985.
  • Brown, J. and Elliott, J. H. (1980). A palace for a king. The Buen Retiro and the Court of Philip IV. New Haven: Yale University Press
  • Brown, Jonathan (1998). Painting in Spain : 1500–1700. New Haven: Yale University Press. ISBN 0-300-06472-1
  • Dominguez Ortiz, Antonio (1971). The golden age of Spain, 1516-1659. Oxford: Oxford University Press. ISBN 0-297-00405-0
  • Edwards, John (2000). The Spain of the Catholic Monarchs, 1474-1520. New York: Blackwell. ISBN 0-631-16165-1
  • Harman, Alec (1969). Late Renaissance and Baroque music. New York: Schocken Books.
  • Kamen, Henry (1998). Philip of Spain. New Haven and London: Yale University Press. ISBN 0-300-07800-5
  • Kamen, Henry (2003). Empire: How Spain Became a World Power, 1492-1763. New York: HarperCollins. ISBN 0-06-093264-3
  • Kamen, Henry (2005). Spain 1469-1714. A Society of Conflict (3rd ed.) London and New York: Pearson Longman. ISBN 0-582-78464-6
  • Parker, Geoffrey (1997). The Thirty Years' War (2nd ed.). New York: Routledge. ISBN 0-415-12883-8
  • Parker, Geoffrey (1972). The Army of flanders and the Spanish road, 1567-1659; the logistics of Spanish victory and defeat in the Low Countries' Wars.. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 0-521-08462-8
  • Parker, Geoffrey (1977). The Dutch revolt. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 0-8014-1136-X
  • Parker, Geoffrey (1978). Philip II. Boston: Little, Brown. ISBN 0-316-69080-5
  • Parker, Geoffrey (1997). The general crisis of the seventeenth century. New York: Routledge. ISBN 0-415-16518-0
  • Stradling, R. A. (1988). Philip IV and the government of Spain. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 0-521-32333-9
  • Thomas, Hugh (1997). The Slave Trade; The History of the Atlantic Slave Trade 1440-1870. London: Papermac. ISBN 0-333-73147-6
  • Various (1983). Historia de la literatura espanola. Barcelona: Editorial Ariel
  • Wright, Esmond, ed. (1984). History of the World, Part II: The last five hundred years (3rd ed.). New York: Hamlyn Publishing. ISBN 0-517-43644-2.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]