Javed Ahmad Ghamidi
| Ulama Pakistan Era moden |
|
|---|---|
| Nama: | Javed Ahmad Ghamidi |
| Kelahiran: | 18 April 1951 |
| Mazhab: | Farahi-Islahi |
| Minat utama: | Tafsir Quran dan Syariah |
| Idea terkenal: | Pemisahan fiqh daripada syariah; Penyempadanan jelas peraturan mentadbir sumber primer agama; Rangka kerja lengkap pengajian Islam |
| Dipengaruhi: | Amin Ahsan Islahi, Hamiduddin Farahi, Abul Ala Maududi |
Javed Ahmad Ghamidi (Urdu: جاوید احمد غامدی) (lahir 1951) adalah seorang ahli teologi, tafsir dan sarjana Quran serta pendidik Muslim Pakistan terkenal. Bekas anggota Jamaat-e-Islami, beliau menyambung kerja tutornya, Amin Ahsan Islahi.[1] Ghamidi merupakan pengasas Institut Sains Islam Al-Mawrid dan pertubuhan saudaranya Danish Sara.[1] Beliau merupakan anggota Majlis Ideologi Islam sejak 28 Januari 2006,[2][3] suatu badan perlembagaan yang bertanggungjawab memberikan nasihat perundangan berkenaan isu Islam kepada kerajaan Pakistan dan Parlimen. Beliau juga pernah mengajar di Akademi Perkhidmatan Awam Lahore daripada 1980 hingga 1991.[1] Beliau kini menjalankan gerakan intelektual serupa dengan Wastiyya di Mesir menggunakan media elektronik popular Pakistan.[4]
[sunting] Nota
- ↑ 1.0 1.1 1.2 Esposito (2003) m/s. 93
- ↑ Council's two new members appointed, Siaran akhbar 30-01-2006
- ↑ Council of Islamic Ideology, Kerajaan Pakistan
- ↑ Masud (2007)