Perlembagaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Perlembagaan sesebuah organisasi atau negara menjelaskan bentuknya, strukturnya, aktiviti-aktivitinya, sifat-sifatnya dan peraturan-peraturannya yang utama. Perkataan ini berasal dari perkataan Latin constitutio, yang bermaksud undang-undang penting, yang biasanya dikeluarkan oleh seorang Maharaja, dan digunakan secara meluas dalam penggubalan undang-undang berkanun iaitu keputusan relevan untuk ketua agama iaitu Paus.

Organisasi-organisasi yang biasanya menggunakan konsep ini termasuklah:

Sesebuah organisasi mungkin diberi kuasa tertentu dengan syarat ia mematuhi perlembagaan atau piagam yang terhad (charter limitation). Terma Latin ultra viresmerujuk kepada segala aktiviti yang terkeluar dari skop aktiviti yang dibenarkan oleh perlembagaan organisasi tersebut. Contohnya, sebuah kesatuan pelajar mungkin ditegah dari terlibat dengan aktiviti yang tidak berkaitan dengan hal ehwal pelajar. Sekiranya kesatuan ini masih melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak berkaitan dengan pelajar, aktivitinya boleh dianggap sebagai 'ultra vires'. Satu contoh lagi ialah undang-undang negeri. Jika perlembagaan negara menetapkan bahawa kerajaan negeri tidak berkuasa atas hal-hal perbankan, sebarang undang-undang negeri yang melibatkan bank boleh dianggap sebagai termansuh atau "ultra vires" oleh Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Perlembagaan.