Jay New Boyz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jay New Boyz atau nama sebenarnya Shahrizan bin Mat Salleh telah dilahirkan pada 8 Mei 1982 di Hospital Besar Kuala Lumpur. Jay merupakan bekas gitaris utama dan pengasas kumpulan New Boyz yang bernaung di bawah label Suria Records (SRC). Jay merupakan anak kedua dari lima orang adik-beradik. Abangnya, Mat Shah atau dikenali sebagai Along juga pernah bersama beliau dalam New Boyz sebagai pemain dram ketika mengasaskan kumpulan ini baru ditubuhkan pada tahun 1997.

Jay New Boyz
Nama lahirShahrizan bin Mat Salleh
Juga dikenali sebagai
Jay
Kelahiran (1982-05-08) 8 Mei 1982 (umur 41)
Kuala Lumpur Kuala Lumpur
Berasal dari Malaysia
GenrePop rock, Balada
PekerjaanPemuzik, Pelakon
InstrumenGitar
Tahun aktif1997-2003, 2015-kini
Syarikat rakaman
Suria Records (1999-2003)
Pengkarya berkait
New Boyz