Jazakallah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Jazak Allāh (Bahasa Arab: جزاك اللهُ‎) atau Jazak Allah Khair (Bahasa Arab: جزاك اللهُ خيراً‎) ialah istilah bahasa Arab digunakan dalam pengucapan Islamik terima kasih yang bermaksud "semoga Allah membalas kebaikanmu".

Walaupun perkataan biasa terima kasih dalam bahasa Arab adalah shukran (شكراً), jazak allahu khairan selalunya digunakan oleh Muslim, dengan mempercayai bahawa seseorang itu tidak mampu membalas kebaikan orang lain terhadapnya sepenuhnya, dan hanya Allah sahaja mampu membalas dengan terbaik. Selalunya ia dibalas dengan ucapan wa iyyaakum (وإياكم), bermaksud "dan kepadamu juga".

Rujukan[sunting | sunting sumber]