Jean-Pierre Jeunet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Jean-Pierre Jeunet (lahir 3 September 1953) ialah seorang pengarah filem Perancis. Hasil kerjanya yang menempa kejayaan terbesar setakat ini ialah filem Amélie (2001). Filem tersebut berjaya mengetengahkan Audrey Tautou sebagai pelakon antarabangsa, di luar pasaran Perancis.

Kehidupan and kerjaya[sunting | sunting sumber]

Jean-Pierre Jeunet dilahirkan di Roanne, Loire, Perancis. Beliau membeli kamera pertamanya seusia 17 tahun dan mula membikin filem-filem pendek ketika mengambil jurusan animasi di Cinémation Studios. Beliau berkenalan dengan Marc Caro, seorang pereka grafik dan pelukis komik yang kemudiannya banyak menghasilkan usaha sama dengannya.