Jean Perera Sinnappa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Jean Perera Sinnappa merupakan ratu cantik Malaysia berusia 31 tahun yang dibunuh pada hari Jumaat 6 April 1979. Pada 1971 beliau pernah menjadi Ratu cantik Negeri Sembilan , Ratu cantik Selangor dan Ratu cantik Malaysia.

Jean Perera merupakan janda beranak tiga, badannya ditemui di dalam keretanya di Lebuh raya Persekutuan berhampiran selekoh menghala ke Lapangan Terbang Subang.Dia dan pasangannya Karthigesu telah berseronok di Kuala Lumpur, kemudian ditemui dibunuh dalam perjalanan pulang ke Klang.

Suaminya S.Sinappa , seorang ahli kimia mati kemalangan jalan raya , empat bulan sebelum itu, ketika sambutan Tahun Baru 1978.[1]

Tuduhan membunuh[sunting | sunting sumber]

Abang ipar atau kekasihnya Karthigesu Sivapakiam ditemui tidak sedar diri di luar keretanya tanpa sebarang darah. Karthigesu yang memandu kereta itu, berhenti di Lebuh raya Persekutuan . Ketika itu waktu malam dan tidak ramai orang.

Karthigesu merupakan pensyarah bidang psikologi di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras,Kuala Lumpur . Sementara Jean Perera seorang guru pelatih tahun pertama di maktab yang sama.

Dua orang jurutera MAS berasa pelik apabila melihat kedua-dua pasangan itu di mana seorang lelaki terbaring di belakang kereta. Lalu mereka melapor ke pihak polis. Polis yang sampai sejam kemudian mendapati lelaki itu ialah Karthigesu. Jean Perera ditemui mati di kerusi penumpang dan tali pinggang keselamatan masih terikat. Beg tangan Jean Perera ada beberapa perhiasan permata.


Karthigesu dikejarkan ke hospital . Dia mendakwa tidak sedarkan diri kerana kepalanya dipukul dari belakang. Autopsi yang dijalankan mendapati terdapat dua kecederaan di tubuh Jean Perera, di dada dan perut dan empat di tangan. Polis klasifikasikan kes ini sebagai kes bunuh dan siasatan penuh akan dijalankan.

Perbicaraan[sunting | sunting sumber]

Wujud cinta tiga segi termasuk dengan Dr Narada Warnasurya , kekasih rakyat Sri Lanka dan bertugas di sana .Dr Narada telahpun berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan. Mereka pernah bertemu di bangunan YMCA pada September 1978 ketika doktor itu melawat Kuala Lumpur. Terdapat 19 surat daripada doktor itu kepada Jean. Dalam surat itu, Jean sangat menyintai Karthigesu dan mahu hidup bersamanya.

Ahli pathologi Dr R. Krishnan, dan Dr Balakrishnan telah melakukan pemeriksaan terhadap kes pembunuhan ini. Pada 9 Mei 1979, Karthigesu seorang pensyarah (37 tahun) dituduh membunuh Jean Perera di Batu 11, Lebuh raya Persekutuan antara 11.20 malam hingga 11.50 malam pada 6 April 1979. Perbicaraan dijalankan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di Jala Raja, berhadapan Dataran Merdeka.Sekeping gambar menunjukkan Karthigesu di sebelah kereta tersebut dan dijadikan bahan bukti di mahkamah. Blouse kuning yang Jean pakai, penuh dengan darah turut dijadikan bahan bukti.

Doktor yang memeriksa mendapati Karthigesu tidak trauma dan tiada pula kecederaan di kepala sebagaimana didakwa. Tiada senjata ditemui dan tiada saksi kejadian pembunuhan.

Saksi sampingan termasuklah wartawan Lee Ah Chai yang pernah bercakap dengan Karthigesu semasa pengkebumian Jean Perera. Wartawan Lakshmi Natarajan pula meliputi kes ini dari hari pertama. Karthigesu pada mulanya dituduh membunuh tetapi kemudian dibebaskan .Pembunuh sebenar tidak diketahui atau masih bebas. Seramai tujuh juri lelaki dipilih untuk mendengar kes ini. Malangnya semua tujuh lelaki ini tidak sepatutnya menjadi juri dalam kes wanita menjadi mangsa.[2]

Seorang saksi lain menerangkan bahawa dia telah melalui jalan itu pada 11.20 malam dan melihat dua buah kereta , kereta Jean dan sebuah lagi dengan lampu terpadam. Terdapat tiga lelaki berdiri di situ memegang lampu suluh.

Perbicaraan selama 38 hari melibatkan 58 saksi. Tujuh juri lelaki mengambil masa 4 jam untuk membuat keputusan 5:2. Keputusannya Karthigesu didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati. Empat hari kemudian selepas pembicaraan tamat, muncul Jayatilake mendakwa dia menipu semasa perbicaraan. Mahkamah serta merta menerima pengakuan bohong itu dan membebaskan Karthigesu. Selepas dua tahun satu bulan empat hari berada di penjara, Karthigesu dibebaskan pada 20 Mei 1981.

Jayatilake didapati bersalah dan dihukum penjara selama 10 tahun. Anehnya dia mati di dalam penjara, dua tahun kemudian. Karthigesu kini hidup bahagia di Klang dan telah berkahwin.

Dokumentari[sunting | sunting sumber]

Gerard Benedith ( kini 52 tahun)selaku pengacara TV3 telah membuat dokumentari berhubung pembunuhan ini.Alex Josey telah menulis buku bertajuk 'It was The Murder Of A Beauty Queen'. Benedith menggunakan simulasi komputer untuk menggambarkan pembunuhan itu. Dokumentari disiarkan pada 21 Disember di Crime & Investigation Network (Astro 732).

Abang Jean Perera bernama Brian Perera dan anaknya kini seorang peguam berusia 30 tahun. [3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]