Sri Lanka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Republik Demokratik Sosialis Sri Lanka
ශ්රී ලංකා ප්රජාතාන්ත්රික සමාජවාදී ජනරජය
Šrī Lankā Prajātāntrika Samājavādī Janarajaya
இலங்கை ஜனநாயக சமத்துவ குடியரசு
Illankai Chananaayaka Chosalisa Kudiyarasu
Bendera
Lagu: "Sri Lanka Matha"
Mengenai bunyi ini Muzik  , Mengenai bunyi ini Vokal 
Ibu negara Sri Jayawardenapura-Kotte
6°54′U 79°54′T / 6.9°U 79.9°T / 6.9; 79.9
Bandar terbesar Colombo
Bahasa rasmi Bahasa Sinhala, Bahasa Tamil
Bahasa komunikasi
antara etnik
Bahasa Inggeris
Kumpulan etnik (2001) ≈73.8% Sinhala,
≈13.9% Tamil Sri Lanka,
≈7.2% Bangsa Moor,
≈4.6% Tamil India,
≈0.5% Lain-lain.
Kerajaan Republik Demokratik Sosialis
 -  Presiden Mahinda Rajapaksa
 -  Perdana Menteri D. M. Jayaratne
Penubuhan
 -  Kemerdekaan dari United Kingdom 4 Februari 1948 
 -  Republik 22 Mei 1972 
Kawasan
 -  Jumlah 65,610 km2 (ke-122)
25,332 sq mi 
 -  Perairan (%) 4.4
Populasi
 -  2009 (anggaran) 20,242,000 (ke-52)
 -  Julai 2008 (anggaran) 21,128,773
 -  Kepadatan 319/km2 (ke-35)
818/sq mi
KDNK (PPP) 2008 anggaran
 -  Jumlah $92.018 billion
 -  Per kapita $4,581
KDNK (nominal) 2008 anggaran
 -  Jumlah $39.604 billion
 -  Per kapita $1,972
Gini (1999–00) 33.2 (pertengahan)
HDI (2007) 0.743 (pertengahan / ke-99)
Mata wang Rupee Sri Lanka (LKR)
Zon waktu Waktu Piawai Sri Lanka (UTC+5:30)
Memandu pada kiri
Kod panggilan 94
Internet TLD .lk

Sri Lanka, secara rasmi Republik Demokratik Sosialis Sri Lanka (dikenali sebagai Ceylon sebelum tahun 1972) ialah sebuah negara pulau di Asia Selatan yang terletak kira-kira 31 km dari pantai selatan India. Masyhur dengan gelaran `Mutiara Lautan Hindi`, ia merupakan tanahair bagi 20 juta orang penduduk.

Disebabkan lokasinya di tengah-tengah laluan jalan-jalan laut utama, Sri Lanka adalah penghubung laut yang strategik antara Asia Barat dan Asia Tenggara, dan merupakan sebuah pusat agama dan kebudayaaan Buddha sejak zaman silam. Hari ini, negara tersebut adalah negara yang berbilang agama dan bangsa, dengan 1/3 daripada populasinya menganut agama selain ajaran Buddha, terutamanya agama Hindu, Kristian dan Islam. Masyarakat Sinhala membentuk populasi terbesar, dengan orang Tamil yang tertumpu di utara dan timur pulau tersebut membentuk minoriti etnik terbesar. Masyarkat-masyarakat lain termasuklah orang Moor yang beragama Islam, Melayu dan Burgher.

Terkenal dengan pengeluaran dan eksport teh, kopi, getah dan kelapa, Sri Lanka berbangga dengan ekonomi berasaskan industri yang pesat dan moden dan pendapatan per kapita yang tertinggi di Asia Selatan. Keindahan semula jadi hutan-hutan tropika, pantai dan lanskap Sri Lanka, dan juga warisan kebudayaannya yang kaya, menjadikannya sebagai sebuah destinasi pelancongan dunia yang terkenal.

Setelah diperintah oleh beberapa pemerintahan beraja tempatan lebih daripada 2000 tahun, beberapa bahagian Sri Lanka diduduki oleh Portugal dan Belanda pada permulaan kurun ke-16, sebelum penguasaan keseluruhan negara tersebut beralih ke tangan Empayar British pada tahun 1815. Semasa Perang Dunia Ke-2, Sri Lanka bertindak sebagai pengkalan utama bagi Tentera Berikat untuk menentang Empayar Jepun. Sebuah gerakan nasionalis bersifat politik muncul di negara tersebut pada awal kurun ke-20 dengan matlamat memperolehi kemerdekaan politik yang akhirnya diberikan oleh Empayar British selepas rundingan damai pada tahun 1948.

Nama[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Nama-nama Sri Lanka

Pada masa silam, Sri Lanka dikenali dengan pelbagai nama: ahli-ahli geografi Yunani purba menamakannya Taprobane dan orang Arab merujuknya sebagai Serendib (asal-usul perkataan "serendipity"). Orang Melayu zaman dahulu pula memanggilnya sebagai Langkapura. Ceilão ialah nama yang diberikan oleh orang Portugis kepada Sri Lanka ketika mereka tiba di pulau tersebut pada tahun 1505 yang ditransliterasikan ke dalam bahasa Inggeris sebagai Ceylon. Pada tahun 1972, nama rasmi negara tersebut ditukar kepada Republik Bebas, Berdaulat dan Merdeka Sri Lanka. Pada tahun 1978 ia ditukar kepada Republik Demokratik Sosialis Sri Lanka.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Demografi Sri Lanka

Sri Lanka adalah negara ke-53 terdapat di dunia, dengan kadar tumbesaran populasi tahunan sebanyak 0.79%. Sri Lanka mempunyai kadar kelahiran sebanyak 15.63 kelahiran bagi setiap 1000 orang dan kadar kematian sebanyak 6.49 kematian bagi setiap 1000 orang. Kepadatan penduduk terbesar adalah di barat Sri Lanka, terutamanya dalam dan sekitar Colombo. Terdapat sejumlah kecil penduduk di pulau Wanniyala - orang Aetto, juga dikenali sebagai orang Veddah. Mereka ini dipercayai adalah kumpulan etnik asli dan tertua yang mendiami pulau tersebut. Orang Sinhala membentuk kumpulan etnik terbesar, dengan anggaran sebanyak 81.9% daripada penduduk keseluruhan. Orang Tamil yang tertumpu di wilayah-wilayah utara, timur, tengah dan barat. Orang Tamil yang dibawa dari India oleh penjajah British sebagai buruh kontrak untuk bekerja di ladang-ladang estet, hampir 50% daripada mereka adalah yang dihantar balik ke negara asal berikutan kemerdekaan Sri Lanka pada tahun 1948, dipanggil orang Tamil "berasal-usulkan India". Mereka berbeza daripada penduduk berketurunan Tamil asal yang telah menetap di Sri Lanka sejak zaman silam. Menurut data bancian 2001 orang Tamil India membentuk 5.1% daripada penduduk Sri Lanka dan orang Tamil Sri Lanka 4.3%. Walaupun angka ini hanya menghitung orang Tamil Sri Lanka di kawasan-kawasan yang dikuasai kerajaan, tanpa menghitung mereka yang berada di wilayah-wilayah yang dikuasai golongan pemberontak. Terdapat populasi orang Moor yang ketara (8.0%) yang berketurunan pedagang-pedagang Arab dan pendatang-pendatang dari Timur Tengah. Kewujudan mereka tertumpu di bandar-bandar dan wilayah-wilayah tengah dan timur. Terdapat juga kumpulan-kumpulan etnik kecil seperti orang Burgher (keturunan kacukan Eropah) dan Melayu dari Asia Tenggara.

Bahasa Sinhala dan Tamil adalah dua bahasa rasmi Sri Lanka. Bahasa Inggeris ditutur oleh lebih kurang 10% penduduk, dan digunakan secara meluas untuk tujuan pendidikan, saintifik dan komersial. Anggota-anggota masyarakat Burgher bertutur dalam pelbagai ragam bahasa Kreol Portugis dan Belanda dengan tahap kefasihan yang berbeza-beza, manakala anggota-anggota masyarakat Melayu bertutur dalam satu bentuk bahasa Kreol Melayu yang unik di pulau tersebut. Sri Lanka juga menikmati kepelbagaian agama. Dianggarkan sebanyak 69% daripada penduduknya adalah penganut agama Buddha. Agama Buddha aliran Theravada adalah mazhab utama, dengan pecahan mazhab yang berbeza-beza seperti Ramanna Nikaya, Amarapura Nikaya dan Siam Nikaya diikuti secara meluas. Agama Buddha di Sri Lanka amat dipengaruhi oleh kepercayaan dan tradisi asli, dan juga oleh pengaruh mazhab-mazhab Buddha yang sedia ada di Asia Tenggara. Sri Dalada Maligawa atau "Kuil Gigi" yang kuno dan terkenal itu adalah kuil Buddha induk di Sri Lanka, dan dengan tradisi penyimpanan Gigi Buddha. Ia diziarahi berjuta-juta pelawat setiap tahun. Agama Hindu diamalkan oleh 7.9% penduduk, kebanyakannya adalah masyarakat Tamil. Agama Kristian diamalkan oleh 7% penduduk, terutamanya orang Burgher walaupun kebanyakan penganut Kristian adalah orang Sinhala atau Tamil. Kebanyakan penganut Kristian Sri Lanka adalah bermazhab Katolik, terdapat bilangan ketara yang menganuti mazhab Gereja Reformasi Belanda dan Kommunion Anglikan. Agama Islam diamalkan oleh 8.5% penduduk dan hampir keseluruhan penganutnya adalah orang Moor dan Melayu.

Lihat juga: Islam di Sri Lanka

Pautan luar[sunting | sunting sumber]