Jek palet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sebuah jek palet manual

Jek palet ialah sejenis alat yang digunakan untuk mengangkat dan mengalihkan palet.

Roda hadapan terpasang di hujung serampangnya, dan apabila jek hidraulik dinaikkan, serampang itu akan dipisahkan dari roda hadapan secara menegak, mengangkat muatan ke atas sehingga ia tidak menyentuh lantai. Palet biasanya diangkat hanya pada paras mencukupi untuk ia dialihkan.

Terdapat dua jenis jek palet.

  • Jek palet manual - jek yang menggunakan kuasa tangan.
  • Jek palet automatik - jek yang menggunakan kuasa motor untuk mengalihkan tindanan palet yang lebih berat.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]