Palet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Palet kayu klasik
Palet plastik dengan sembilan kaki, boleh diangkat dari keempat-empat sisi
Palet besi dengan alang boleh tanggal. Sering digunakan oleh kilang kayu
Robot digunakan untuk meletak roti di atas palet di sebuah kilang di Jerman
Palet keluli tergalvani 48" x 40". Palet jenis ini adalah kalis api dan tidak akan berkarat.

Palet (Bahasa Inggeris: Pallet) ialah struktur pengangkut rata yang digunakan untuk mengalas kontena ketika diangkat oleh foklif, jek palet atau alatan jek yang lain. Palet ialah asas kepada reka bentuk sebuah beban unit. Barangan akan diletakkan ke atas sebuah palet dan diikat dengan tali atau filem plastik pembalut regang, atau dimuatkan terus ke dalam kontena mini ULD.

Kebanyakan palet klasik diperbuat daripada kayu. Antara bahan lain yang digunakan ialah plastik, besi dan kertas. Setiap bahan mempunyai kelebihan dan kekurangannya.

Pengkontenaan telah menggalakkan penggunaan palet kerana kontena mempunyai permukaan rata dan bersih yang sesuai untuk palet. Kebanyakan palet boleh menampung beban sehingga 1000 kg. Hari ini, lebih daripada setengah bilion palet dikeluarkan setiap tahun dan hampir 2 bilion palet digunakan di Amerika Syarikat sahaja.

Palet membolehkan pemindahan tindanan berat menjadi mudah. Muatan di atas palet boleh diangkut menggunakan foklif pelbagai saiz, atau juga boleh diangkat menggunakan jek yang dipam dengan tangan. Penggunaan palet juga mengurangkan kos pengendalian dan penyimpanan.

Ketiadaan piawaian antarabangsa tunggal untuk palet menjadi salah satu halangan dalam perdagangan antarabangsa. Satu piawai tunggal adalah mustahil dapat dicapai kerana terdapat pelbagai keperluan yang perlu dipenuhi seperti; melepasi setiap pintu bangunan, muat di dalam kontena piawai, dan mengurangkan kos buruh. Contohnya, sebuah organisasi yang sudah mengendalikan palet yang besar selalunya tidak nampak sebab untuk membayar harga pengendalian yang lebih tinggi dengan menggunakan palet kecil yang boleh melepasi pintu-pintu bangunan.

Pemiawaian[sunting | sunting sumber]

Tiada piawai dimensi palet yang diterima pakai di peringkat global. Syarikat-syarikat dan organisasi-organisasi di seluruh dunia menggunakan ratusan saiz palet yang berbeza.[1] Walaupun tiada dimensi piawai untuk pengeluaran palet, terdapat beberapa saiz berbeza yang paling banyak digunakan.

Palet ISO[sunting | sunting sumber]

Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (ISO) menetapkan enam dimensi palet, dinyatakan dalam Piawai ISO 6780: Flat pallets for intercontinental materials handling—Principal dimensions and tolerances:[2]

Dimensi, mm (Lebar × Panjang) Dimensi, inci (Lebar × Panjang) Ruang lantai digunakan, kontena ISO Rantau yang banyak digunakan
1219 × 1016 48.00 × 40.00 3.7% Amerika Utara
1000 × 1200 39.37 × 47.24 6.7% Eropah, Asia; sama dengan 48x40".
1165 × 1165 44.88 × 44.88 8.1% Australia
1067 × 1067 42.00 × 42.00 11.5% Amerika Utara, Eropah, Asia
1100 × 1100 43.30 × 43.30 14% Asia
800 × 1200 31.50 × 47.24 15.2% Eropah; muat banyak laluan pintu

Palet Amerika Utara[sunting | sunting sumber]

Dalam pelbagai jenis palet di Amerika Utara, yang paling banyak digunakan ialah palet Grocery Manufacturers' Association (GMA), yang mewakili 30% daripada semua palet kayu yang dikeluarkan di Amerika Syarikat.[3] ISO juga mengiktiraf palet GMA sebagai salah satu saiz palet piawai.

Dimensi, mm (Lebar × Panjang) Dimensi, inci (Lebar × Panjang) Kedudukan pengeluaran Industri yang menggunakan
1219 × 1016 48 × 40 1 Runcit, dan banyak lagi
1067 ×1067 42 × 42 2 Telekomunikasi, Cat
1219 × 1219 48 × 48 3 Dram
1016 × 1219 40 × 48 4 Ketenteraan[4], simen
1219 × 1067 48 × 42 5 Kimia, Minuman
1016 × 1016 40 × 40 6 Tenusu
1219 × 1143 48 × 45 7 Automotif
1118 × 1118 44 × 44 8 Dram, Kimia
914 × 914 36 × 36 9 Minuman
1219 × 914 48 × 36 10 Minuman, genting, pembungkusan kertas
889 × 1156 35 × 45.5 Tidak diketahui Ketenteraan 1/2 kontena ISO, muat pintu piawai 36"[5]
1219 × 508 48 × 20 Tidak diketahui Runcit

Palet Eropah[sunting | sunting sumber]

Palet EURO

Empat saiz lazim untuk palet EURO[6] (bersama dengan saiz alternatif ISO[7]) ialah:

Jenis palet EURO Dimensi, mm (Lebar × Panjang) Alternatif palet ISO
EUR, EUR 1 800 × 1200 ISO1, sama saiz dengan EUR
EUR 2 1200 × 1000 ISO2
EUR 3 1000 × 1200
EUR 6 800 × 600 ISO0, separuh saiz EUR
600 × 400 suku saiz EUR
400 × 300 satu per lapan saiz EUR

Palet piawai Australia[sunting | sunting sumber]

Palet piawai Austrialia banyak ditemui di Australia dan jarang ditemui di tempat lain. Berbentuk segi empat sama dari kayu keras, ia bersaiz 1165 mm × 1165 mm dan muat dengan sempurna di dalam kontena RACE perkhidmatan keretapi Australia, tetapi langsung tidak sesuai untuk kontena ISO yang digunakan di seluruh dunia. Jika palet ini dimuatkan dengan betul (tanpa pembaziran ruang), ini bermakna terdapat purata 7 mm ruang antara palet dan dinding kontena. Oleh kerana ruang lega yang minimum antara palet dan dinding kontena, alasan atau sumbatan (untuk penstabilan) kurang diperlukan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Brody, A. L., and Marsh, K, S., "Encyclopedia of Packaging Technology", John Wiley & Sons, 1997, ISBN 0-471-06397-5
  • LeBlanc, Rick and Stewart Richardson, "Pallets: A North American Perspective", PACTS Management, Inc., www.pactsmgt.com, 2003.
  • ASTM D 1185 Test Methods for Pallets and Related Structures
  • ASTM D6253 Treatment and/or Marking of Wood Packaging Materials