Jon Anderson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jon Anderson
Anderson di Vicenza pada 29 November 2007
Latar belakang
Nama lahirJohn Roy Anderson
Berasal dariAccrington, Lancashire, England
GenreRock progresif, rock simfoni, Pop rock, zaman baru
PekerjaanVokalis, penulis lirik, penulis lagu, pelukis, pemain gitar, pemain harp
Tahun aktif1968–kini
Syarikat rakaman
Atlantic Records
Polydor Records
Elektra Records
Columbia Records
Angel Records
Windham Hill Records
Higher Octave Records
Eagle Records
Cleopatra Records
Voiceprint Records
Wounded Bird Records
Pengkarya berkait
Yes
Jon & Vangelis
Laman sesawang
www.jonanderson.com

Jon Anderson (lahir 25 Oktober 1944) ialah seorang pemuzik England, vokalis kumpulan rock progresif Yes.[1]

Dilahirkan sebagai John Roy Anderson di kota Accrington, Lancashire, England, kepada Albert dan Kathleen Anderson, beliau mula bergiat aktif sebagai ahli kumpulan "Little John's Skiffle Group". Selepas berhenti belajar di sekolah pada usia 15 tahun, beliau bekerja sebagai petani, pemandu trak dan tukang susu.

Pada tahun 1962, Anderson menyertai kumpulan The Warriors (juga dikenali sebagai The Electric Warriors), yang mana beliau dan abangnya Tony berdua menjadi penyanyi utama. Beliau keluar dari kugiran itu pada 1967 dan mengeluarkan dua single solo pada tahun berikutnya. Beliau juga kemudian menyanyi bersama kugiran The Gun dan The Open Mind.

Pada musim panas 1968, Anderson menyertai kumpulan Mabel Greer's Toyshop, yang juga terdiri daripada pemain bes Chris Squire dan gitaris Peter Banks. Tapi sebelum musim panas itu berakhir, Anderson keluar lagi. Mereka bertiga kemudian membentuk Yes bersama pemain dram Bill Bruford dan pemain keyboard Tony Kaye. Album pertama mereka dikeluarkan pada 1969.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • Solo:
    • Olias of Sunhillow (1976)
    • Song of Seven (1980)
    • Animation (1982)
    • In The City of Angels (1988)
    • The Best of South America (1994)
    • Deseo (1994)
    • Change We Must (1994)
    • Angels Embrace (1995)
    • Toltec (1996)
    • Lost Tapes of Opio (1996)
    • The Promise Ring (1997)
    • Earth Mother Earth (1997)
    • The More You Know (1998)
    • Survival & Other Stories (2010)
  • Dengan Vangelis (Jon & Vangelis):
    • Short Stories (1980)
    • The Friends of Mr. Cairo (1981)
    • Private Collection (1983)
    • The Best of Jon & Vangelis (1984)
    • Page of Life (1991)
    • Chronicles (1994)
    • Page Of Life (1998) - keluaran separa rasmi dan tidak dipersetujui oleh Vangelis

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Jon Anderson's biography". 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-04-05. Dicapai pada 4 March 2008.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]