1982
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1982. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1982 (nombor).
| Abad: | Abad ke-19 · Abad ke-20 · Abad ke-21 |
| Dekad: | 1950-an 1960-an 1970-an 1980-an 1990-an 2000-an 2010-an |
| Tahun: | 1979 1980 1981 1982 1983 1984 1985 |
1982 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Jumaat. Ia berlangsung dari 5 Rabiulawal 1402 hingga 15 Rabiulawal 1403.
Peristiwa [sunting]
Tarikh tepat tidak pasti [sunting]
- Cakera padat, sebuah cakera optik yang digunakan untuk menyimpan data digital, dibangun bersama-sama oleh Sony dan Philips.
- DASH, singkatan untuk "Kepala Pegun Audio Digital" dalam bahasa Inggeris, suatu format pita audio digital kili-ke-kili, diperkenalkan oleh Sony untuk perakaman studio dan penciptaan salinan asal berbilang runut yang bermutu tinggi sebagai satu alternatif kepada kaedah-kaedah perakaman analog.
- Mikropemproses yang terdiri daripada bas 16 digit dengan kelajuan 8 Mhz dicipta oleh IBM.
- Para pengilang komputer berasaskan Intel 8080/Zilog Z80 yang menjalankan CP/M memutuskan untuk menggunakan piawai Bas S-100.
- Commodore 64 dikeluarkan oleh Commodore International dan menjadi satu-satunya komputer meja yang terlaris di seluruh dunia, dengan jualan sebanyak 30 juta unit.
- Januari: Mesiniaga, sebuah syarikat Malaysia yang berasal daripada IBM, dibentuk.
- "Elk Cloner", virus komputer yang pertama di 'hutan belantara', ditulis oleh Richard Skrenta dan menjangkiti mesin-mesin Apple II.
- Istilah "virus komputer" muncul dalam buku komik, Uncanny X-Men #158, yang ditulis oleh Chris Claremont.
Kelahiran [sunting]
- 25 Januari - Noemi, penyanyi dan penulis lagu dari Itali
- 30 November - Elisha Cuthbert, pelakon Kanada