Jongkong
Jongkong ialah bahan yang biasanya diperbuat daripada logam dan diacu menjadi bentuk yang sesuai untuk pemprosesan selanjutnya.[1] Ini memerlukan prosedur kedua dalam pembentukan, iaitu penempaan sejuk/panas untuk menghasilkan produk akhir. Jongkong ini melibatkan prosedur yang agak mudah. Namun ini hanya berkesan untuk objek-objek mudah, seperti membentuk jongkong bar menjadi hujung tukul kayu. Kelebihan membuat jongkong ialah kos pendahuluan rendah untuk penghasilan aduan. Jika ditempa sejuk, kekerasan akan ditambah untuk prosedur kedua, iaitu satu kelebihan untuk benda-benda seperti hujung tukul kayu. Namun begitu, lebih tenaga input diperlukan untuk hasil akhir jika pengerasan (melalui penempaan sejuk) tidak diperlukan.
[sunting] Jongkong bersejarah
-
Jongkong tembaga kuno dari Zakros, Crete. Jongkong ini berbentuk kulit haiwan, iaitu bentuk kebiasaan jongkong tembaga pada masa itu.
-
Acuan sycee emas dan perak China Kuno yang disukat secara tahil.
[sunting] Rujukan
- ↑ Chalmers, p 254