Joseph Edward Murray

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Joseph Edward Murray seorang tokoh rakyat Amerika Syarikat yang dilahirkan pada 1 April 1919 di Mildford, Massachusetts, pernah menjadi ketua pakar pembedahan plastik di Brigham, Boston, selain menjadi profesor dalam bidang pembedahan di Sekolah Perubatan Harvard pada 1970.

Pada tahun 1954, Murray melakukan pemindahan buah pinggang kepada sepasang kembar. Pada tahun 1962, melakukan pemindahan buah pinggang pertama antara pesakit yang tidak langsung mempunyai pertalian saudara dengan menggunakan ubat immunosuppressive.

Memenangi Hadiah Nobel 1990 kerana kejayaannya memperkenalkan teknik pemindahan organ dan tisu, bersama rakannya, E. Donnal Thomas bagi kategori perubatan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

http://www.tutor.com.my/tutor/estidotmy/index.asp?y=2003&dt=1029&pub=ESTIDOTMY&sec=Dunia_Saintis&pg=ds_01.htm