KC Vohrah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dato' Karam Chand Vohrah atau dikenali sebagai KC Vohrah (1937 – 12 April 2020) ialah seorang aktivis hak asasi manusia dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia.[1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Vohrah dilahirkan di Melaka pada tahun 1937 sebagai anak kedua daripada tiga beradik.[2] Beliau belajar di Singapura dalam jurusan undang-undang sebelum menjadi seorang hakim.[3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Vohrah sebelum ini[bila?] berkhidmat di Jabatan Peguam Negara (AGC) sebelum bersara daripada bidang kehakiman semasa menyandang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 2002. Vohrah juga telah dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dari 2002 hingga 2008.[4]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia pada 12 April 2020 akibat penyakit yang berlanjutan.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk KC Vohrah meninggal dunia". Bernama. Berita Harian. 12 April 2020. Dicapai pada 13 April 2020.
  2. ^ Ding, Jo-Ann (26 November 2009). "Dismantling divisive barriers". The Nut Graph (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 April 2020.
  3. ^ "Ex-Court of Appeal judge KC Vohrah dies at 83" (dalam bahasa Inggeris). Free Malaysia Today. 12 April 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-04-13. Dicapai pada 13 April 2020.
  4. ^ a b Hana Naz Harun (12 April 2020). "Ex-Court of Appeal judge KC Vohrah dies" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 13 April 2020.