Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Logo Suhakam

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia(Suhakam) ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia setelah mendapat bantahan daripada beberapa pihak terutama parti politik dan NGO yang tidak puas hati terhadap tahap hak asasi manusia di Malaysia.

Hak asasi manusia seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia termasuklah :

  1. Hak untuk bersuara
  2. Hak untuk bergerak
  3. Hak untuk berhimpun.

Pesuruhjaya Suhakam[sunting | sunting sumber]

Pesuruhjaya-pesuruhjaya Suhakam untuk tahun untuk tahun 2013-2016

  1. Tan Sri Hasmy Agam - Pengerusi
  2. Professor Datuk Dr. Khaw Lake Tee - Naib Pengerusi
  3. Professor Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Hj. A. Majid
  4. James Nayagam
  5. Professor Dato' Dr. Aishah Bidin
  6. Francis Johen
  7. Sylvester Madating @ Nordin Kasim

Pesuruhjaya lepas[sunting | sunting sumber]

Pesuruhjaya Suhakam 2008-2010 ialah :

  1. Tan Sri Abu Talib Othman - Pengerusi Suhakam
  2. Tan Sri Datuk Seri Panglima Simon Sipaun - Naib Pengerusi
  3. Kamarudin Mohamad Baria - Setiausaha
  4. Tan Sri Abu Talib Othman
  5. Tan Sri Simon Sipaun
  6. Dr Chiam Heng Keng
  7. Dr. Mohammad Hirman Ritom
  8. Tan Sri Asiah Abu Samah
  9. Datuk Dr. Raj Abdul Karim
  10. Datuk Dr. Abdul Monir Yaacob
  11. Datuk N. Siva Subramaniam
  12. Datuk Choo Siew Kioh
  13. Tunku Datuk Nazihah Tunku Mohamed Rus
  14. Prof. Emeritus, Datuk Dr. Khoo Kay Kim
  15. Datin Paduka Zaitoon Othman
  16. Datuk Dr. Denison Jayasooria
  17. Datuk Dr. Michael Oon Kheng Yeoh
  18. Datuk Khalid Ibrahim
  19. Datuk Muhammad Shafee Abdullah.
  20. Detta anak Samen
  21. Cik Jannie Lasimbang
  22. Muhammad Sha'ani B. Abdullah[1]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pelbagai pihak termasuk dalam dan luar negara mengkritik kerajaan Malaysia kerana menyekat hak asasi melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) , OSA, dan lain-lain.

Suhakam mendakwa :

  1. larangan ceramah umum dianggap mencabuli hak asasi manusia kerana tidak ada peruntukan undang-undang yang boleh menghalang seseorang itu daripada mengadakan ceramah politik.
  2. Meminta polis menjelaskan mengenai larangan terhadap ceramah umum kerana berpendapat larangan secara umum untuk berhimpun adalah mencabuli hak asasi manusia.Tiada peruntukan undang-undang bagi larangan dikenakan ke atas ceramah politik.Hak untuk berhimpun secara aman merupakan hak asasi manusia bersifat asas yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
  3. Mengkaji semua perakuan dalam Laporan Kebebasan Berhimpun kerana jika ia dilaksanakan masalah berhubung dengan ceramah umum sekarang dapat dielakkan.
  4. Suhakam tidak merestui keganasan dalam semua bentuk tetapi berhimpun secara aman boleh diadakan.

Seksyen 27 Akta Polis 1967[sunting | sunting sumber]

Seksyen 27 Akta Polis 1967 secara jelas memperuntukan :

  1. Mana-mana pihak yang hendak mengadakan perhimpunan atau ceramah umum hendaklah mempunyai kelulusan daripada pegawai polis daerah yang berkenaan.
  2. Sebelum mengadakan perhimpunan sama ada di dalam premis atau di luar premis, kebenaran polis hendaklah diperolehi demi kepentingan ketenteraman awam dan keselamatan rakyat.
  3. OCPD boleh menimbang sesuatu permohonan (permit perhimpunan dan ceramah umum) itu tetapi ini bukan bermakna kumpulan atau mana-mana pihak boleh dengan sendiri mengadakan ceramah umum dan perkumpulan yang lebih dari bilangan lima orang.
  4. Kelulusan permohonan permit juga tertakluk kepada budibicara polis dan perhimpunan biasa di dalam bangunan kebiasaanya dibenarkan

Perkara 9 dan 10 Perlembagaan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Perkara 9 dan 10 Perlembagaan Malaysia jelas menyatakan bahawa apa-apa sekatan boleh dikenakan kepada hak untuk mewujudkan perkumpulan atau hak bersuara sekiranya ia penting daripada segi ketenteraman dan keselamatan dalam negeri.

Akta Polis adalah tergolong kepada kebenaran yang diberi di bawah perlembagaan itu dan adalah tidak wajar atau tidak tepat dikatakan ini menghalang hak asasi manusia.

Definasi hak asasi manusia itu terlalu luas dan tidak perlu negara Malaysia untuk menerima keseluruhan maksudnya.

Katanya penubuhan Suhakam yang tertakluk kepada Bahagian Dua Perlembagaan Malaysia berhubung nilai dan kuatkuasa undang-undang antarabangsa (yang berkaitan dengan hak asasi manusia) perlu menghormati peruntukan perlembagaan itu sendiri dan undang-undang negara yang digubal Parlimen.

"Oleh kerana ini (ceramah umum dikaitkan dengan) hak asasi manusia, (maka) Seksyen 27 (Akta Polis 1967) tidak payah dipakai, ini tidak benar dan barang siapa yang berfikiran begitu tidak harus mengemukakan pandangannya kerana ia mengelirukan undang-undang negara sendiri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Rais Yatim. (19 Februari 2002).

Tanah Adat Penan dan Iban[sunting | sunting sumber]

Suhakam menerima dua memorandum :

  1. Aduan daripada kaum Penan dan Iban di Ulu Niah pada November 2001 berhubung dengan pencerobohan dan konflik tanah adat.
  2. Aduan oleh penduduk suku kaum yang terbabit dengan projek empangan Bakun.

Pengerusi Suhakam Tan Sri Musa Hitam berkata suruhanjaya itu telahpun menemui penduduk suku kaum Penan dan Iban terbabit , para pegawai kerajaan Sarawak dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud. mengenai masalah itu bagi menyediakan laporan dan dijangka siap Mac 2002.

Insiden Bandar Mahkota Cheras[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Januari 2009, pengerusi inkuiri, Pesuruhjaya Suhakam Datin Paduka Zaitoon Othman menyatakan panel siasatan mendapati polis dan FRU menggunakan kekerasan dan melanggar keselamatan Chan Jiun Haur (21 tahun) dan Chan Siew Meng semasa menangani demonstrasi di Bandar Mahkota Cheras (BMC) 1 pada 27 Mei 2008. Laporan Suhakam 41 muka surat mendapati anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah mencabul hak asasi manusia dalam insiden itu tetapi tidak dapat mengecam / mengenalpasti pegawai terbabit . Panel inkuiri disertai oleh Pesuruhjaya Datuk Dr Chiam Heng Keng dan Pesuruhjaya Datuk Khalid Ibrahim. Suhakam mencadangkan standard antarabangsa sebagai panduan anggota polis dan FRU menggunakan kekerasan. Mereka hendaklah menggunakan tag nama dan nombor lencana yang jelas dan terang semasa melaksanakan operasi.[2] Pasukan FRU dan polis dihantar bagi mengawal keadaan apabila penduduk Bandar Mahkota Cheras cuba merobohkan tembok penghadang yang menghalang mereka dari masuk ke Lebuhraya Cheras-Kajang tanpa membayar tol. Mustahil sebuah kereta yang membawa empat orang boleh menyerang atau hendak melanggar sepasukan 30 anggota FRU.[3]

Chang Jiun Haur merupakan mekanik dan pemandu Proton Saga dan dirawat di Hospital Seremban kerana cedera di badan, muka dan mulut.Dia ditahan anggota FRU ketika melalui jalan yang ditutup itu sebelum cermin kereta Proton Saga miliknya dipecahkan dan beliau ditarik keluar dari keretanya. Gambar insiden itu disiarkan dalam akhbar berbahasa Cina.[4] Lima saksi, termasuk wartawan Lee Weng Kiat dan Syed Jaymal Zahiid Syed Kamal serta jurufoto dari Malaysiakini, Ng Kok Foong dipanggil untuk memberi keterangan di pejabat Suhakam. 10 saksi dari kalangan polis dan FRU turut dipanggil memberi keterangan. [5]

Status A ICC[sunting | sunting sumber]

Suhakam mendapat status 'A' daripada Jawatankuasa Penyelaras Antarabangsa (ICC) Institusi Pemupukan dan Perlindungan Hak Asasi Manusia (ICC) berpejabat di Geneva pada 25 Januari 2010. Pada 2009, ICC tidak berpuas hati dengan Rang Undang-undang (Pindaan) Suhakam 2009.

ICC puashati dengan pindaan kepada Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 2009.Pengerusi Suhakam , Tan Sri Abu Talib Othman menerima maklumat itu daripada Jawatankuasa Kecil Akreditasi (SCA) .[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 16 Pesuruhjaya Suhakam dilantik semula
  2. Penggunaan Kekerasan Semasa Insiden Bandar Mahkota Cheras
  3. Suhakam siasat dakwaan FRU pukul mekanik 9 Jun
  4. Suhakam Minta Penjelasan Polis
  5. Suhakam Mulakan Inkuiri Awam Dakwaan Penguatkuasa Undang-undang Guna Kekerasan
  6. Suhakam Kekalkan Status A ICC

Pautan luar[sunting | sunting sumber]