KRI Samadikun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
KRI Samadikun 341 atau sebelumnya adalah USS Claud Jones (DE 1034).
KRI Samadikun 341 atau sebelumnya adalah USS Claud Jones (DE 1034).

KRI Samadikun (341) merupakan kapal perang tentera laut Indonesia jenis kapal friget peronda yang kini telah dilucut tauliahkan.

Persenjataan[sunting | sunting sumber]

Kapal KRI Samadikun milik Indonesia merupakan kapal friget peronda . KRI Samadikun memenuhi keperluan Indonesia dan berperanan mempertahankan Indonesia dari kapal-kapal musuh. KRI Samadikun dibina oleh Avondale Marine, Westwego, LA, sebagai USS Claud Jones (DE 1034). Ia dilancarkan pada 1959, sebelum dibaikpulih pada tahun 1973 di Subic Bay bagi kegunaan tentera laut Indonesia.

Kapal lain dalam kelas yang sama adalah KRI Samadikun, KRI Martadinata, KRI Mongisidi, dan KRI Ngurah Rai.

KRI Samadikun mempunyai 171 orang anak kapal termasuk pegawai.

Kapal KRI Samadikun sepanjang 95.1 m; 11meter * 3.7meter ( 312kaki panjang * 38.9kaki * 12.1kaki) mempunyai kelajuan bertempur pada 20 knot. KRI Samadikun mempunyai seseran 1,970 tan penuh.

TORPEDO[sunting | sunting sumber]

Kapal KRI Samadikun pada asalnya dilengkapi dengan tiga tiub torpedo 12.75 inci berkembar.

PELURU BERPANDU[sunting | sunting sumber]

Tiada maklumat.

MERIAM[sunting | sunting sumber]

Meriam utama kapal perang KRI Samadikun yang dipasang pada dek hadapan, adalah meriam tunggal 76.2 mm/50 kaliber yang menawarkan pertahanan udara jarak-dekat terhadap pesawat sayap kekal dan pesawat sayap berputar.

Selain itu ia juga dilengkapi dengan dua mesingan 12.7 mm, satu 37 mm berkembar dan satu mesingan 25 mm berkembar.

PENANGKIS "COUNTERMEASURES"[sunting | sunting sumber]

Kapal KRI Samadikun juga dilengkapi dengan sistem EW: WLR-1.

PENGESAN[sunting | sunting sumber]

KRI Samadikun memiliki radar pengesan carian udara SPS-6E 2-D.

Selain itu, KRI Samadikun juga dilengkapi dengan sistem sonar EDO 786; SQS-45(V); SQS-39(V); SQD-42(V) yang dipasang pada badan kapal.

TUJAHAN[sunting | sunting sumber]

Kapal KRI Samadikun mempunyai empat enjin disel disambung kepada kotak gear yang menghasilkan 7,000 bph secara berterusan dengan satu gandar dan mampu bergerak pada kelajuan 20 knot.

Pegawai pemerintah KRI Samadikun[sunting | sunting sumber]

KRI Samadikun (341) telah dibersarakan pada 2003.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]