Meter

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
1 meter =
Unit SI
100 cm 1000 mm
Unit AS / Unit imperial
3.281 kaki 39.37 in

Meter (simbol: m) merupakan ukuran unit SI bagi panjang. Mengikut takrif BIPM:

"Meter ialah panjang yang dilalui cahaya melalui vakum dalam tempoh 1/299,792,458 saat."[1]

Penggandaan[sunting | sunting sumber]

Prefix SI digunakan untuk menamakan penggandaan dan pembahagian meter. Antara yang kerap digunakan adalah :-

  • kilometer = 1,000 meter
  • dekametre = 10 meter
  • sentimeter = 1/100 meter
  • milimeter = 1/1000 meter
  • mikrometer (dahulunya mikron) = 1 per sejuta meter
  • nanometer = 1 per laksa meter (iaitu 109 meter)

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Perkataan meter itu berasal dari bahasa Greek metron (μετρον).

Pada asalnya, meter ditakrifkan oleh Akademi Sains Perancis (French Academy of Sciences) sebagai 1/10,000,000 jarak sepanjang permukaan Bumi dari Kutub Utara sehingga Khatulistiwa sepanjang meridian Paris pada tahun 1791, dan pada 7 April 1795 Perancis menggunakan meter sebagai jarak rasmi untuk panjang. Ketidaktentuan dalam pengukuran jarak tersebut menyebabkan Biro Berat dan Ukuran Antarabangsa (International Bureau of Weights and Measures) mentakrifkan semula meter sebagai jarak antara dua garisan pada batang platinum-iridium yang disimpan di Sevres, Perancis pada tahun 1889.

Pada tahun 1960, apabila laser diperkenalkan, 'Persidangan Umum berkenaan Berat dan Ukuran' ke-11 menukar takrif meter sebagai 1,650,763.73 ukuran gelombang pancaran garis cahaya oren-merah melalui spektrum krypton-86. Pada tahun 1983 Biro Berat dan Ukuran Antarabangsa mentakrifkan meter sebagai jarak dilalui cahaya melalui vakum pada 1/299,792,458 saat (kelajuan cahaya ditakrifkan pada 299,792,458 meter sesaat). Disebabkan kelajuan cahaya dalam vakum dipercayai malar di manajua, definisi ini lebih mudah dikekalkan dan lebih sekata berbanding jarak ukur lilit bumi atau panjang batang logam tertentu. Oleh itu sekiranya batang logam itu hilang atau musnah, panjang meter standard masih dapat diulangi dalam mana-mana makmal. Selain itu ia secara teori boleh diukur dengan lebih tepat berbanding ukuran yang lain.

Rujukan[sunting | sunting sumber]