Kachina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Patung Kachina di Muzium Heard di Phoenix, Amerika Syarikat

Kachina (AFA: /kəˈtʃiːnə/) ialah makhluk roh dalam kepercayaan agama kaum Pueblo, dan budaya orang asli Amerika Syarikat ini dijumpai di kawasan barat daya Amerika Syarikat.

Kachina ialah roh atau personifikasi benda di dunia sebenar. Asal-usul tidak diketahui dengan tepat, tetapi berdasarkan 1 versi kepercayaan kaum Hopi, kachina merupakan makhluk roh yang datang dengan kaum Hopi dari alam ghaib. Pada banyak perkara, kumpulan Kachina dan ibadatnya merupakan isi adat yang paling penting dalam kalendar agama Hopi. Bukan Hopi sahaja puak Pueblo yang menyertakan kumpulan Kachina dalam kalendar agamanya.

Anak patung Kachina ialah anak patung kayu kecil yang dicat dengan warna terang, dan merupakan perwakilan kecil penyamar bertopeng. Banyak kaum orang asli Pueblo, terutamanya Hopi dan Zuni, ada adat yang melibatkan "orang bertopeng" yang dipanggil kachina, dan mereka memainkan peranan penting.

Rujukan[sunting | sunting sumber]