Kaedah Silva

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Menurut para penyokongnya, Kaedah Silva (Kawalan Pemikiran Silva, tilikan jauh) ialah sebuah sistem pengupayaan diri untuk membentuk kepercayaan, mengukuh kejayaan peribadi dan melihat objek atau lokasi jauh serta berhubung dengan kecerdasan lebih tinggi untuk mendapatkan bimbingan. José Silva mengembangkan penjelasan pseudosains tentang fungsi otak dan hubungannya dengan kesedaran yang lebih tinggi pada dekad 1960-an.

Teknik[sunting | sunting sumber]

Menurut para penyokongnnya, teknik ini bertujuan untuk mencapai dan mengekalkan kefungsian mental yang lebih tinggi, suatu keadaan yang dikenali sebagai keadaan alfa. Frekuensi gelombang otak dalam keadaan alfa ini adalah antara lapan hingga tiga belas Hz. Kaedah ini juga mempergunakan pembayangan dan pengakuan. Penyokong-penyokongnya mengakui penyembuhan, pencapaian matlamat yang lebih baik, persepsi luar deria (ESP) dan penyembuhan ketagihan.

José Silva, pengasas Kaedah Silva, mendakwa bahawa beliau telah mengembangkan sebuah program untuk melatih orang-orang untuk memasuki keadaan-keadaan mental dengan kesedaran tertingkat. Selain itu, beliau juga mendakwa telah mengembangkan banyak proses mental yang sistematik untuk digunakan semasa dalam keadaan-keadaan tersebut supaya dapat membenarkan seseorang membuat unjuran dengan tujuan yang tertentu. Menurutnya, apabila akal diunjurkan, seseorang boleh melihat objek-objek atau lokasi-lokasi yang jauh dan berhubung dengan kecerdasan lebih tinggi untuk mendapatkan bimbingan. Maklumat yang diterima oleh akal sedemikian dikesan sebagai fikiran, imej, perasaan, bau, rasa, dan bunyi yang boleh dipergunakan untuk mengatasi masalah.

J. B. Rhine, penyelidik parapsikologi yang lama di Universiti Duke, mempercayai bahawa deria psikik merupakan deria tambahan yang hanya dimiliki oleh sebilangan orang yang amat istimewa. Beliau mencipta istilah persepsi luar deria (ESP) untuk fenomena tersebut. Silva mengubah suai frasa "Persepsi Luar Deria" kepada "Unjuran Luar Deria" dan mengekalkan parap yang sama (ESP) tetapi pengertiannya membayangkan aktiviti yang lebih dinamik.

Pada tahun 1953, Silva mempercayai bahawa beliau telah melatih anak perempuannya menjadi seorang psikik. Beliau kemudian memperkenalkan kaedah latihannya kepada Rhine, dengan anak perempuan sendiri sebagai bukti. Bagaimanapun, Rhine berpendapat bahawa anak perempuan Silva memang merupakan seorang psikik yang berbakat semula jadi. Oleh itu, Silva mula mengerjakan lagi satu bahan eksperimen. Pada kali ini, beliau menguji bahan eksperimennya lebih dahulu untuk memastikan bahawa orang itu bukannya seorang psikik. Dalam tempoh sepuluh tahun yang berikut, Silva mendakwa bahawa beliau telah melatih 39 orang yang lain supaya menjadi psikik.

Lagi satu penemuan yang telah didakwa sebagai amat berjaya ialah penglihatan jauh. Berbanding dengan menunggu tanggapan-tanggapan dikesan secara pasif, seseorang boleh mengunjurkan diri secara mental dan melihat dari jauh apa yang berlaku dalam proses yang agak serupa dengan mimpi jernih (lucid dreaming).

Apa yang dikatakan sebagai kejayaan dalam kaedah-kaedah itu meyakinkan Silva bahawa setiap orang mempunyai keupayaan tersebut dan boleh diajar untuk mengembangkannya. Silva juga berpendapat bahawa deria ini bukannya deria tambahan tetapi sebaliknya hanya merupakan deria yang tidak diperlukan dan justera itu, tidak dikembangkan. Setiap perkara berlaku dalam akal lebih dahulu sebelum berlaku secara fizikal pada badan. Misalnya, seseorang akan memutuskan secara mental untuk mengangkat segelas air untuk minum lebih dahulu sebelum dia berbuat demikian. Kehidupan anda adalah pengolahan peraturan-peraturan alam semesta ini, dan cara yang lebih pintar adalah untuk mempelajari bagaimana memperolahkannya.

Kaedah Silva kini merupakan sebuah perniagaan berbilang juta dolar, dengan beribu-ribu pengajar Kaedah Silva yang mengajar sistem itu kepada kumpulan-kumpulan pelajar di banyak negara di seluruh dunia. Sistemnya juga mewujudkan banyak buku, dengan sesetengahnya ditulis atau ditulis bersama oleh José Silva sendiri. Terdapat juga banyak buku yang lain yang mendasarkan prinsip-prinsip asas kaedah Silva tetapi diperluas kepada bidang-bidang kesedaran dan penggunaan yang lain dalam keadaan alfa.

Kaedah Silva merupakan salah satu daripada banyak teknik terapi yang kekadang digolongkan di bawah nama Gerakan potensi manusia.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]