Hertz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hertz
Sistem unitUnit terbitan SI
Unit bagiFrekuensi
SimbolHz 
Dinamakan sempenaHeinrich Hertz
Dalam unit asas SIs−1

Hertz (simbol: Hz) merupakan unit SI bagi kuantiti frekuensi dalam bidang fizik. 1 Hz adalah sama dengan 1 s-1, iaitu jumlah peristiwa berulang atau "kitaran" dalam sesaat. [1]

Lampu berkelip masing-masing dari atas ke bawah mengikut frekuensi (f) bernilai 0.5 Hz, 1.0 Hz and 2.0 Hz, yakni pada 0.5, 1.0 and 2.0 kelipan sesaat.

Kekerapan peristiwa yang bukan berulang (aperiodic) tidak boleh diukur dalam hertz. Contohnya, keaktifan bahan radioaktif diukur dalam becquerel, yang juga sama dengan s-1.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Unit hertz dinamakan bersempena Heinrich Rudolf Hertz, seorang ahli fizik Jerman yang memberi sumbangan penting dalam keelektromagnetan.

Nama untuk unit ini ditentukan Suruhanjaya Elektroteknik Antarabangsa pada tahun 1930[2] dan kemudiannya diterima Persidangan Am Timbang dan Ukur pada tahun 1960 menggantikan nama terdahulu mewakili kuantitinya iaitu "kitar per saat" (cycles per second) serta unit terbitan gandaannya yang berkaitan seperti yang berimbuhan kilo (kc/s), mega (Mc/s), dan kilomega (kMc/s). Kegunaan nama unit yang baru ini sebagai menggantikan kitaran sesaat lama-kelamaan menjadi hampir menyeluruh pada tahun 1970-an.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "SI brochure: Table 3. Coherent derived units in the SI with special names and symbols". Dicapai pada 25 Oktober 2010.
  2. ^ "IEC History". Iec.ch. 15 September 1904. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-02. Dicapai pada 28 April 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]