Kaedah saintifik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kaedah saintifik atau kaedah sains (Tulisan Jawi: قاعده ساءينتيفيک)merupakan kaedah-kaedah yang digunakan untuk menyiasat sesuatu fenomenon, menceburi ilmu baru, atau membetulkan dan menyepadukan ilmu terdahulu. Kaeadah ini berasaskan bukti yang boleh cerap, empirik dan boleh diukur berdasarkan prinsip penakulan. Kaedah saintifik meliputi mengumpulan data melalui pencerapan dan pengujikajian, serta perumusan dan pengujian hipotesis.

Walaupun prosedur-prosedurnya berbeza untuk pelbagai bidang penyiasatan, terdapat beberapa ciri nyata yang membezakan kaedah saintifik daripada kaedah ilmu lain. Penyelidik sains mencadangkan hipotesis sebagai penjelasan fenomenon, lalu mereka kajian uji kaji untuk menguji hipotesis itu. Langkah-langkah dalam uji kaji mestilah boleh diulangi supaya dapat mentaksir kebolehpercayaan hasil ujian pada masa depan. Teori yang merangkumi bidang yang lebih luas boleh menggabungkan beberapa hipotesis dalam satu struktur koheren. Ini membantu dalam mengatur hipotesis baru, atau meletakkan hipotesis dalam konteks.

Ciri-ciri persamaan lain termasuklah pengakuan bahawa proses itu mestilah objektif bagi mengurangkan pentafsiran cenderung. Penguji juga perlu mendokumenkan, mengarkibkan dan berkongsi segala data dan kaedah supaya ia boleh mekaji oleh ahli sains lain, supaya membolehkan penyelidik lain mengesahkan hasil uji kaji dengan melakukan uji kaji semula. Kaedah ini, dipanggil pendedahan penuh, membolehkan kebolehpercayaan data ini diukur secara statistik.