Kain Kafan dari Turin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Foto terawal Kain Kafan dari Turin yang diambil pada tahun 1898. Foto ini memiliki tampilan gambaran pada foto negatifnya yang lebih jelas daripada gambaran nyatanya

.

Kain Kafan dari Torino/Turin (atau dalam bahasa Inggeris: Shroud of Turin) adalah sepotong/sekujur kain lama yang berwarna coklat yang memiliki gambaran seorang lelaki yang tampak telah diseksa secara fizikal yang dilihat terjadi agak sejajar akibat dari perbuatan penyaliban. Kain ini disimpan di gereja kecil kerajaan di Katedral Santo Yohanes Pembaptis di kota Turin, Itali. Kain ini dipercayai oleh kebanyakan penganut Kristian sebagai kain kafan kepunyaan Jesus Christ ketika saat ia dimakamkan.

Gambaran pada kain kafan tersebut jauh lebih jelas dilihat dalam keadaan hitam-putih apabila kaedah penskrinan atau pengimejan dibuat dalam bentuk (foto negatif) jika dibandingkan dalam warna coklat asalnya. Gambar negatif yang menyolok ini, buat pertama kalinya dilihat pada malam hari tanggal 28 Mei 1898 di atas pepiring fotografi terbalik milik seorang ahli fotografi amatur Secondo Pia. Dia ialah satu-satunya ahli fotografi yang dibenarkan untuk mengambil gambar foto kain berkenaan ketika kain tersebut sedang dipamerkan di Katedral Turin. Menurut Pia, dia hampir menjatuhkan dan memecahkan pepiring fotografi tersebut akibat rasa terkejut ketika melihat gambaran seseorang lelaki telah muncul di atas kain tersebut.[1][2]

Kain kafan ini menjadi topik perdebatan yang hangat dan sengit di antara para ilmuwan, Pendeta Kristian, ahli sejarawan, dan para penulis mengenai di mana, bila dan bagaimana kain kafan serta gambaran di atasnya tercipta. Dari pandangan ahli agamawan Kristian, pada tahun 1958, Paus Pius XII telah menyetujui gambaran kain kafan tersebut ada hubungan dengan ketaatan Gereja Roman Katolik ke atas Wajah Suci Yesus, yang dirayakan setiap tahun pada Hari Selasa Pengampunan Dosa (Inggeris: Shrove Tuesday) atau Hari Selasa sebelum Hari Rabu Abu. Beberapa sumber Kristian mempercayai bahawa kain kafan tersebut merupakan kain yang menutupi Yesus ketika ia diletakkan di dalam makamnya dan gambarannya tercetak pada serat-serat kain tersebut pada saat atau dekat saat ia dipercaya bangkit dari kematiannya. Pihak skeptis, di sisi lain, beranggapan bahawa kain kafan tersebut merupakan karya pemalsuan Abad Pertengahan; beberapa pihak lain menghubungkan terciptanya gambaran ini dengan reaksi-reaksi kimia atau proses-proses alamiah yang lain.

Berbagai ujian telah dilakukan terhadp kain kafan ini, namun demikian perdebatan mengenai asal-usulnya tetap berlaku. Pentarikhan radio-karbon pada tahun 1988 yang dilakukan oleh tiga kelompok ahli sains bebas telah mengeluarkan hasil lalu telah diterbitkan di dalam jurnal akademik Nature yang membayangkan bahawa kain kafan tersebut telah dibuat ketika Abad Pertengahan, sekitar 1300 tahun setelah Yesus dilahirkan.Pernyataan-pernyataan akan adanya prasangka dan kesalahan di dalam pengujian-pengujian tersebut langsung muncul berikutan dari hasil penerbitan tersebut, dan dijawab oleh Harry E. Gove[3] atau beberapa orang lain. Walaupun demikian kontroversi pentarikhan ini terus berlanjutan.

Analisis lanjutan yang diterbitkan pada tahun 2005, misalnya, menyatakan bahawa contoh kain yang diambil oleh para kelompok penguji tadi untuk menghitung usia kain tersebut mungkin diambil dari bahagian kain kafan yang bukan merupakan sebahagian daripada kain kafan dari Torino yang asal. Kain kafan dari Torino yang asal juga dikatakan rosak akibat kebakaran di akhir Abad Pertengahan yang mungkin boleh juga menambahkan unsur karbon pada kain tersebut, hal ini mungkin menyebabkan kadar radiokarbon yang lebih tinggi lalu menyebabkan bacaan pada umur kain tersebut makin bertambah. Analisa ini pun dipertanyakan oleh pihak skeptis seperti Joe Nickell yang berhujah bahawa kesimpulan tersebut berasal dari penulis Raymond Rogers yang membuat kesimpulan daripada "menganalisa dengan cara permulaan dari kesimpulan yang diinginkan dan kemudian baru menelusuri kembali pada bukti-bukti yang ada".[4] Mantan editor Jurnal 'Nature' Philip Ball telah mengatakan bahawa idea yang menyatakan Rogers mengarahkan penelitiannya pada suatu kesimpulan yang telah tercipta sebelumnya adalah "tidak adil" kerana Rogers memiliki "sejarah karya-karya penelitian yang patut dihargai".

Namun begitu, penelitian pada tahun 2008 di Oxford Radiocarbon Accelerator Unit mungkin merubah pentarikhan tahun 1260-1390 yang sebelumnya diterima, yang menyebabkan pengarah institusi tersebut Christopher Ramsey terpaksa untuk mengundang komuniti ilmuan untuk melakukan pengkajian baru ke atas keaslian kain kafan tersebut.[5][6] "Dengan perhitungan-perhitungan radiokarbon dan dengan semua bukti yang lain yang kita miliki mengenai kain kafan ini, terlihat adanya suatu konflik dalam tafsiran terhadap bukti-bukti yang berbeza" kata Gordan kepada BBC pada tahun 2008 setelah penelitian yang baru muncul.[7] Walaupun tetap berfikiran terbuka, Christopher Ramsey tetap menekankan bahawa beliau berasa amat terkejut bila hasil pengujian pada tahun 1988 terbukti amat berbeza dengan hasil pengujiannya yang baru-baru ini, apalagi bila perbezaannya dilihat hampir "seribu tahun" kebelakangan.

Kain Kafan dari Torino di dalam Gereja Katolik Rom[sunting | sunting sumber]

Tubuh Yesus diturunkan dari Salib beserta Kain Kafan dari Torino. Lukisan karya Giovanni Battista della Rovere, abad ke-16.

Walaupun surat khabar Vatican L'Osservatore Romano memberitakan cerita fotografi Secondo Pia pada tanggal 28 Mei 1898 dalam edisinya yang bertarikh 15 Jun 1898, media ini tetap menayangkan rencana berkenaan Kain Kafan dari Torino tanpa sebarang komentar dan setelah itu, para pejawat di jabatan Gereja pada umumnya menahan diri dari berkomentar secara rasmi atas fotografi tersebut selama hampir setengah abad.

Hubungan rasmi pertama antara gambar pada kain kafan tersebut dan Gereja Katolik terjadi di dalam tahun 1940 berdasarkan permintaan rasmi Sister Marie Pierina De Micheli kepada kuria agama di kota Milan, Itali, untuk memperolehi keizinan menghasilkan sebuah medal dengan gambar tersebut. Keizinan ini diberikan dan medal pertama dengan gambar tersebut dipersembahkan kepada Paus Pius XII yang menyetujui keberadaan medal tersebut. Gambar wajah itu kemudian digunakan untuk menjadi apa yang dikenali sebagai Medal Wajah Suci yang dikenakan oleh banyak umat Katolik, yang pada mulanya sebagai saranan perlindungan ketika Perang Dunia II. Pada tahun 1958 Paus Pius XII menyetujui gambar wajah tersebut dalam hubungannya dengan devosi Katolik pada Wajah Suci Yesus, dan menyatakan bahawa hari perayaannya adalah setiap tahun pada satu hari sebelum Hari Rabu Abu.[8][9]

Pada tahun 1983 kain kafan ini diberikan kepada Takhta Suci oleh Keluarga Savoia. Namun, seperti banyak relik semacamnya, Gereja Roman Katolik tidak memberikan pernyataan bahawa kain tersebut merupakan kain kafan makam Yesus ataupun merupakan hasil pemalsuan. Seperti halnya devosi-devosi Katolik rasmi yang lain, masalah tersebut diserahkan pada keputusan peribadi masing-masing umat Kristian selama pihak Gereja tidak mengeluarkan pernyataan yang bertentangan dengannya di masa hadapan. Dalam pandangan Gereja Kristian, baik kain tersebut asli atau bukan, ia tidaklah memiliki hubungan apapun dengan keabsahan (kebenaran) ajaran Yesus.

Mendiang Paus John Paul II menyatakan pada tahun 1998, "Semenjak kita tidak berurusan dengan masalah keimanan, Gereja tidak boleh memberikan jawapan terhadap pertanyaan-pertanyaan tersebut. Gereja mempercayai tugas-tugas penelitian ini pada kaum ilmuwan untuk menghasilkan jawapan-jawapan yang cukup terhadap pertanyaan-pertanyaan yang berhubungan dengan kain kafan ini". Ia memperlihatkan dirinya tergerak secara mendalam oleh gambar kain kafan tersebut dan menyelenggarakan pameran umum pada tahun 1998 dan 2000. Dalam khutbahnya di Katedral Torino pada Hari Minggu tanggal 24 Mei 1998 (pada hari peringatan 100 tahun foto Secondo Pia tanggal 28 Mei 1898), Paus John Paul II berkata: "... Kain Kafan ini merupakan sebuah gambaran cinta Tuhan dan dosa manusia" dan "... cetakan yang ditinggalkan oleh tubuh yang terseksa dari yang disalib, yang memperlihatkan kemampuan manusia yang luar biasa untuk menyebabkan penderitaan dan kematian bagi sesama manusia, berdiri sebagai lambang pihak-pihak tidak bersalah yang menderita di setiap zaman".[10]

Pandangan Islam[sunting | sunting sumber]

Pada asasnya umat Islam mempercayai Yesus (Nabi Isa a.s) adalah seorang Rasul dan Nabi serta utusan besar yang diturunkan Allah ke bumi bagi memperkukuhkan ajaran Taurat Nabi Musa a.s. khusus buat Bani Israel; lalu Allah SWT menggangkat Nabi Isa beserta roh dan jasadnya ke sisi Allah, namun apa yang berlaku selepas itu hanya Allah sahaja yang tahu mengenainya. Dalam Islam, Yesus ataupun Nabi Isa adalah manusia biasa dan bukannya jelmaan Tuhan seperti yang digembar-gemburkan oleh penganut Kristian. Nabi Isa cuma diberi nikmat mukjizat yang luar biasa tidak sama seperti mana nikmat yang Allah kurniakan kepada manusia dan hamba-hambanya yang lain.

Berkenaan dengan kematian Isa di tiang salib adalah sesuatu yang bertentangan dengan pandangan Islam, hal ini kerana Nabi Isa sama sekali tidak pernah dihukum di tiang salib dan mati diatasnya. Tetapi yang mati ditiang salib adalah Judas Iscariot mengikut pandangan sebahagian besar masyarakat Islam. Allah telah mengangkat Nabi Isa ketika baginda bertahannuth, bermunajat dan bertaqarrub ke hadrat Illahi ketika baginda di Taman Gethsemane, dan di taman tersebut jugalah Allah telah menukarkan raut wajah Judas Iscariot akan semirip dengan wajah Nabi Isa. Judas seterusnya telah ditangkap oleh bala tentera Rom sebelum dicemuh, diseksa dan dihukum mati di tiang salib. Al-Quran telah menegaskan dalam Surah An-Nisaa ayat 157 & 158 yang bermaksud:

"dan kerana ucapan mereka: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih, Isa putera Maryam, Rasul Allah)", padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) ialah orang yang diserupakan (Judas Iscariot) dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keraguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah Isa". "Tetapi (yang sebenarnya) Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya). Dan adalah Allah Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana".

Jika diteliti dari penerangan diatas, sudah pastinya diketahui bahawa kebanyakan Muslim mempercayai bahawa gambar yang terdapat pada Kain Kafan dari Turin pastinya bukan kain kafan milik Nabi Isa. Sebilangan para Ilmuan Islam berpendapat, gambar tubuh dan wajah yang terdapat pada Kain Kafan dari Turin itu adalah milik Judas Iscariot selepas matinya dia di tiang salib. Judas dikatakan telah dibaluti secara erat menggunakan kain kafan tersebut sebelum dia dikebumikan, maka wajahnya tadi telah menompok di atas kafan tersebut. Keadaan kain kafan tersebut dilihat hampir sama dengan sifat kain yang terdapat pada kebanyakan mumia lama. Namun begitu ahli Ilmuan Islam tidak mengganggap wajah tadi adalah mirip dengan wajah Nabi Isa seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak kerana tiada fakta yang sahih menyokong kenyataan tersebut selepas matinya Judas dan setelah dia dikebumikan.

Walau apapun pandangan yang diterima, Kain Kafan dari Turin tidak boleh dijadikan bahan rujukan dalam menilai kesahihan kematian Nabi Isa di tiang salib dan aktiviti pengkebumiannya dengan kain kafan tersebut. Hal ini kerana Nabi Isa dalam pandangan Islam sudah pasti tidak mati dibunuh ataupun disalib apatah lagi dikebumikan. Jelas dikatakan bahawa Nabi Isa diangkat oleh Allah beserta dengan roh dan jasadnya sekali ke langit Allah. Ada juga kebanyakan dari umat Islam mempercayai cerita berkenaan Kain Kafan dari Turin adalah dibuat-buat oleh penganut dan missionary Kristian yang sengaja untuk mengembar-gemburkan kisah pengebumian Yesus dan kisah Yesus dibangunkan semula selepas hari ketiga meninggalnya dia. Ada diantara mereka umat Islam mempercayai bahawa kain kafan tersebut tidak pernah wujud, kain kafan dari Turin yang diceritakan hanya dongengan dan rekaan semata-mata yang dipenuhi dengan pembohongan, skandal, rasuah, dan penipuan untuk mencari publisiti agama. Tarikh yang diketemukan hasil dari bacaan karbon yang diambil jelas berubah-rubah dan tidak tetap. Apatah ditambah lagi dengan kesan kebakaran yang pernah dilalui oleh Kain Kafan dari Turin tersebut turut menyebabkan kain kafan tersebut penuh dengan kontroversi yang sukar untuk diselesaikan sehingga ke hari ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. David Van Biema, Science and the Shroud, Time Magazine, 20 April 1998 http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,988184-1,00.html
  2. Bernard Ruffin, 1999, The Shroud of Turin ISBN 0-87973-617-8
  3. H E Gove, Dating the Turin Shroud-An Assessment, Radiocarbon 32:1, 87-92, 1990 http://digitalcommons.library.arizona.edu/objectviewer?o=http%3A%2F%2Fradiocarbon.library.arizona.edu%2FVolume32%2FNumber1%2Fazu_radiocarbon_v32_n1_87_92_v.pdf
  4. Joe Nickell. "Claims of Invalid “Shroud” Radiocarbon Date Cut from Whole Cloth". Skeptical Inquirer. Committee for Skeptical Inquiry. Diperoleh pada 2007-12-24. 
  5. Daily Telegraph article on Carbon dating http://www.telegraph.co.uk/news/main.jhtml?xml=/news/2008/02/25/nshroud125.xml
  6. Lorenzi, Rossella. "Shroud of Turin's Authenticity Probed Anew". Discovery Channel. Discovery Communications. Diperoleh pada 2008-03-30. 
  7. Shroud mystery refuses to go away BBC News 2008
  8. Maria Rigamonti, Mother Maria Pierina, Cenacle Publishing, 1999
  9. *Joan Carroll Cruz, OCDS. Saintly Men of Modern Times. (2003) ISBN 1-931709-77-7
  10. Sambutan Paus John Paul II tanggal 24 Mei 1998 di Torino http://www.vatican.va/holy_father/john_paul_ii/travels/documents/hf_jp-ii_spe_24051998_sindone_en.html

Rujukan tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Baima Bollone, P., La Sindone-Scienza e Fide 1981, 169–179.
  • Baime Bollone, P., Jorio, M., Massaro, A.L., Sindon 23, 5, 1981.
  • Baima Bollone, Jorio, M., Massaro, A.L., Sindon 24, 31, 1982, pp 5–9.
  • Baima Bollone, P., Gaglio, A. Sindon 26, 33, 1984, pp 9–13.
  • Baima Bollone, P., Massaro, A.L. Shroud Spectrum 6, 1983, pp 3–6.
  • Damascene, John: On Holy Images [1].
  • Guscin, Mark: "The 'Inscriptions' on the Shroud." British Society for the Turin Shroud Newsletter, November 1999.
  • Kersten, H., Gruber, E.R., 1992. The Jesus Conspiracy: Turin Shroud and the Truth about the Resurrection (Paperback) ISBN 1-85230-666-1.
  • Lombatti, Antonio: "Doubts Concerning the Coins over the Eyes." British Society for the Turin Shroud Newsletter, Issue 45, 1997.
  • Marino, Joseph G. and Benford, M. Sue. Evidence for the Skewing of the C-14 Dating of the Shroud of Turin due to Repairs. Sindone 2000 Conference, Orvieto, Italy. [2]PDF (234 KiB)
  • Mills, A.A.: "Image formation on the Shroud of Turin" Interdisciplinary Science Reviews, Vol. 20, 1995.
  • McCrone, W.C., The Microscope, 29, 1981, p. 19–38.
  • McCrone, W.C., Skirius, C., The Microscope, 28, 1980, pp 1–13.
  • Nickell, Joe: "Scandals and Follies of the 'Holy Shroud'." Skeptical Inquirer, Sept. 2001. [3]
  • Picknett, Lynn and Prince, Clive: The Turin Shroud: In Whose Image?, Harper-Collins, 1994 ISBN 0-552-14782-6.
  • Tribbe, Frank C.: Portrait of Jesus: The Shroud of Turin in Science and History, Paragon House, 2006 ISBN 1-55778-854-5
  • Wilson, N.D.: "Father Brown Fakes the Shroud", Books & Culture, March-April 2005, pp. 22-29.
  • Zugibe, Frederick: "The Man of the Shroud was Washed." Sindon N.S. Quad. 1, June 1989.
  • Decoding the Past: The Shroud of Turin, 2005 History Channel video documentary, produced by John Joseph, written by Julia Silverton.
  • Shroud of Turin, Between Christians and Muslims Belief and The Controversy

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Laman Pro-keaslian[sunting | sunting sumber]

Laman skeptik[sunting | sunting sumber]