15 Jun
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| << | Jun 2013 | >> | ||||
| Ahd | Isn | Sel | Rab | Kha | Jum | Sab |
| 1 | ||||||
| 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
| 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
| 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
| 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
| 30 | ||||||
| MMXIII | ||||||
15 Jun merupakan hari ke-166 (hari ke-167 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 199 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Bendera di Denmark.
Peristiwa [sunting]
- 1215 - Raja John dari England (gambar) memeterai Magna Carta secara terpaksa.
- 1389 - Dalam Pertempuran Kosovo, Turki menewaskan orang-orang Serbia dan Bosnia.
- 1667 - Jean-Baptiste Denys melakukan pemindahan darah berdokumen penuh pertama, memberikan darah seekor biri-biri kepada seorang budak lelaki.
- 1752 - Benjamin Franklin menjalankan ujikaji untuk membuktikan bahawa kilat ialah tenaga elektrik dengan menerbangkan wau dalam ribut petir.
- 1896 - Gempa bumi 7.2 Ms dan tsunami yang menyusul melanda Jepun, memusnahkan sekitar 9,000 rumah dan menyebabkan lebih 22,000 kematian.
- 1904 - Kapal stim PS General Slocum terbakar di Sungai East, New York, menyebabkan lebih 1,000 orang maut.
- 1954 - Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) diasaskan di Basel, Switzerland.
- 1978 - Raja Hussein dari Jordan mengahwini rakyat Amerika Lisa Halaby, yang kemudian bergelar Ratu Noor.
- 1996 - Tentera Republik Ireland Sementara (IRA) meletupkan sebutir bom di pusat bandar Manchester, England, mencederakan lebih 200 orang dan menyebabkan kerosakan meluas.
- 2001 - Republik Rakyat China, Rusia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan dan Uzbekistan membentuk Pertubuhan Kerjasama Shanghai.
- 2007 - Presiden Pihak Berkuasa Palestin, Mahmoud Abbas memansuhkan kerajaan demokrasi Hamas setelah konfliknya dengan Fatah bertambah tegang.
- 2010 - Penyiasatan Saville terhadap Ahad Berdarah mendapati Tentera Darat Britain "tiada justifikasi" untuk menembak 27 orang awam pada 1972.
Kelahiran [sunting]
- 1892 - Raja Ahmad Raja Endut, seorang Menteri Besar Perlis pertama
- 1969 - Oliver Kahn, pemain bola sepak FC Bayern Munich
Kematian [sunting]
- 1849 - James K. Polk, Presiden Amerika Syarikat ke-11
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||