Kalis sekutuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam bidang matematik, kalis sekutuan ialah sifat sesuatu operasi di mana, dalam sebarang ungkapan yang melibatkan dua atau lebih operasi yang sama secara berturut-turut, tertib pengiraan mana-mana operasi tidak penting selagi mana tiada kendalian yang berpindah tempat. Sebagai contoh, dalam persamaan (5 + 2) + 1 = 5 + (2 + 1) = 8, penyusunan semula kurungan menghasilkan nilai yang sama.

Takrif[sunting | sunting sumber]

Suatu operasi dedua * atas set S adalah kalis sekutuan jika:

\forall x,y,z \in S : (x * y) * z = x * (y * z)