Kalori

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kalori adalah sejenis unit tenaga. Perkataan ini berasal dari bahasa Perancis yang mengambil perkataan Latin calor (haba). Kalori telah digantikan dengan unit SI joule dalam kebanyakan bidang, namun ia masih selalu digunakan dalam konteks tenaga yang diperolehi daripada makanan. Terdapat beberapa takrifan kalori pada abad ke-19 dan 20. Semunya terbahagi kepada dua kelas:

  • Kalori gram merupakan tenaga yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 g air sebanyak 1 °C. Tenaga ini sebanyak 4.184 J.
  • Kalori kilogram merupakan tenaga yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 kg air sebanyak 1 °C. Tenaga ini sebanyak 4.184 kJ, dan sama dengan 1000 kalori gram.

Dalam konteks sains, "kalori" biasanya merujuk kepada kalori gram, dan simbol unit ini ialah cal. Awalan SI boleh digunakan dengan unit ini.