Kamarudin Kachar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kamaruddin bin Kachar
Fail:KPPN 8-Kol. Prof Dato’ Seri Dr. Haji Kamarudin bin Haji Kachar.JPG
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
Persekutuan Pengakap Malaysia
Dalam jawatan
2005–2008
Didahului olehDato' Hamidin bin Abdullah
Digantikan olehDato’ Kaharudin bin Momin
Butiran peribadi
Lahir1934
Meninggal dunia20 Disember 2016
PasanganDatin Che Tom Osman

Kolonel Profesor Dato' Seri Dr. Hj.Kamarudin bin Hj.Kachar ialah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara ke-8, Persekutuan Pengakap Malaysia.[1]

Biodata[sunting | sunting sumber]

Mempunyai keazaman yang tinggi untuk mengubah nasib,beliau sanggup mengayuh basikal 32 batu sehari ke sekolah di Singapura. Berpegang teguh pada adat pepatih, kehidupan masa kecilnya dipenuhi dengan aktiviti berkebun sayur, memelihara kerbau, melubuk ikan, bertukang tangan dan bermalaman di dusun menunggu durian gugur.

Berpegang pada falsafah hidup, BERUSAHA MENJAYAKAN DIRI, BERBUDI,BERMUAFAKAT DAN BERKHIDMAT, perjuangannya dalam meningkatkan pemikiran bangsa tidak dapat disangkal lagi. Usaha gigihnya mengejar ilmu tanpa jemu terbukti apabila memperoleh pendidikan tertinggi Doktor Falsafah(PhD) Pengurusan Pengajian Tinggi dari Universiti New England Australia.

Budak petani kampung ini berjaya memegang pelbagai jawatan penting dalam negara. Pernah bermula sebagai guru sekolah rendah, beliau tidak pernah menoleh ke belakang dalam menyumbang khidmat dan bakti. Antara sumbangannya yang tidak pernah dilupakan adalah sebagai Ketua Pengarah Biro Tatanegara, Pengarah Pendidikan Yayasan Pelajaran Mara, Timbalan Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia, Naib Canselor Pertama Universiti Industri Selangor dan lain-lain lagi.[2]

Sumbangan beliau dalam aktiviti khidmat sosial terserlah terutamanya dalam Pergerakan Pengakap dan perkhidmatan ketenteraan. Beliau merupakan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Persekutuan Pengakap Malaysia dan pernah memegang jawatan sebagai Komander Rejimen Askar Wataniah 512 Terengganu.

Jasa dan sumbangan beliau dalam pelbagai bidang melayakkan beliau menerima beberapa anugerah seperti Anugerah Tokoh Guru Cemerlang Negeri Sembilan, Anugerah Cemerlang Alumni University of New England 1995,Anugerah ””Piagam Penghargaan Jasamu Dikenang” 1997 Kementerian Pertahanan Malaysia, Anugerah ”Fellow Emeritus Institut Aminuddin Baki 1999, dan Anugerah Cemerlang Bintang Alumni UPM ”Putra Persada UPM” 2004.

Dalam usia 76 tahun, Profesor Dr.Kamaruddin bergiat aktif dalam pelbagai badan sukarela. Berbahagia di samping isteri tersayang, Datin Che Tom Osman,seorang mantan pengetua, pasangan ini dikurniakan 3 orang putera dan seorang puteri yang berjaya dan cemerlang dalam kehidupan.[3]

Perkhidmatan terkini beliau adalah sebagai Pengerusi Eksekutif dan Ketua Konsultan Prished Consultants International Malaysia, perjuangan hidupnya sentiasa membara dalam memperjuangkan dan meningkatkan martabat Melayu. Semangat beliau dalam membela nasib golongan kurang bernasib baik dan membina personaliti cemerlang patut diteladani oleh generasi muda hari ini. Dia juga merupakan presiden World Malay-Polynesian Organisation.[4]

Pada 20 Disember 2016 Jam 7.45 Mlm, Beliau menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara. Jenazah Beliau telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Ramal Luar Kajang.[5]


Penyandang Terdahulu Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
20052008
Penyandang Kemudian
Dato' Hamidin bin Abdullah Dato’ Kaharudin bin Momin

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kamarudin Kachar meninggal di IJN
  2. ^ "Profesor Datuk Seri Dr Kamarudin Kachar Meninggal Dunia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 2018-06-09.
  3. ^ Bekas Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Kamarudin Kachar meninggal dunia
  4. ^ Najib offer condolences to family of late Dr Kamarudin Kachar.
  5. ^ Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga Kamarudin Kachar.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

[1]

  1. ^ [http:http://www.pengakapmalaysia.org/utama/ Halaman Utama Persekutuan Pengakap Malaysia],