Persekutuan Pengakap Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Persekutuan Pengakap Malaysia
Persekutuan Pengakap Malaysia.png
Persekutuan Pengakap Malaysia
Ibu pejabat Rumah BP, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur
Negara Malaysia
Keahlian 73, 500
Ketua Pengakap Negara Dato' Seri Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara YB Dato Dr. Mohamad Shahrum Osman
Pertubuhan induk World Organization of the Scout Movement
(Persekutuan Pengakap Sedunia)
Laman rasmi
http://www.pengakapmalaysia.org

Portal Pengakap Sedunia Persekutuan Pengakap Sedunia (WOSM).png


Persekutuan Pengakap Malaysia, ringkasnya PPM ialah suatu pertubuhan beruniform sukarela para belia dan beliawanis. Ianya sebahagian daripada pertubuhan kepengakapan global iaitu Persekutuan Pengakap Sedunia ataupun World Organization of the Scout Movement. Persekutuan Pengakap Malaysia bergerak di bawah Akta Persekutuan Pengakap Malaysia 1968. Sehingga kini, hanya PPM satu-satunya pertubuhan seumpamanya yang dikuatkuasakan melalui akta parlimen.

Isi kandungan

Sejarah kepengakapan di Malaysia [sunting]

Kepengakapan wujud di dunia ini hasil kejayaan perkhemahan anjuran Robert Baden-Powell atau lebih dikenali sebagai BP, di Pulau Brownsea, England pada 31 Julai hingga 9 Ogos 1907. Dari situ, kegiatan berpengakap telahpun muncul di tanahair seawal 1908 lagi dianggotai oleh anak-anak pegawai-pegawai British. Pasukan pertama pengakap bagaimanapun ditubuhkan di Singapura pada 1910 oleh Sir Frank Cooper Sands, seorang pemimpin dari Nottingham, England. Untuk dua dekad seterusnya pergerakan pengakap tersebar ke seluruh Tanah Melayu dan Borneo.

Kronologi penubuhan pasukan pengakap di negeri-negeri [sunting]

Ketua Pengakap Negara, Dato' Seri Paduka Dr Shafie Hj Mohd Salleh sedang menerima Diploma pengesahan penubuhan 100 tahun Persekutuan Pengakap Malaysia. Diploma ini diterima ketika Persidangan Pengakap Sedunia di Curitiba, Brazil pada 10 January 2011.
Negeri Tarikh
Pulau Pinang 1908, sebuah kumpulan percubaan ditubuhkan di YMCA Pulau Pinang
1910, Kumpulan YMCA ini dirasmikan penubuhannya dengan En R Robert sebagai Pemimpin dan En Goh G H dan En George Pykett sebagai Penolong Pemimpin
1915, ditubuhkan di Sekolah Penang Free oleh En H R Cheeseman
Kuala Lumpur dan Selangor 1910, ditubuhkan di Victoria Institution (dahulunya di dalam Selangor, kini Kuala Lumpur) oleh En B E Shaw
Pahang 1912, Ditubuhkan oleh Mr G.M. Laidlaw sehingga beliau meninggal.
1927, dihidupkan semula oleh oleh H P Herslet
Sabah 1913, diperkenalkan oleh Reverend Thomas Cecil Alexander di Sandakan
Sarawak 1913, juga dibawa oleh Reverend Thomas Cecil Alexander, ke Anglican Bishop House,Kuching
Kedah 1922, diperkenalkan oleh E C Hicks, E A G Stuart, R P S Walker dan C W Bloomfield
Perak 1926, oleh L R Wheeler di Kolej Melayu Kuala Kangsar
Melaka 1926, dibawa oleh R Brunstone
Negeri Sembilan 1926, juga oleh R. Brunstone
Terengganu 1927, ditubuhkan oleh A J Gracle
Kelantan 1927, ditubuhkan oleh YM Tengku Ahmad Panglima Raja di Maktab Sultan Ismail
Johor 1928, ditubuhkan oleh En H R Cheeseman di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar)
Perlis 1931, dibawa oleh Bird dan Roger Smith bersaudara


Setelah aktiviti kepengakapan tersebar luas, keperluan untuk mewujudkan badan penyelaras disedari. Sejurus selepas Perang Dunia Kedua, pergerakan pengakap di Tanah Melayu disusun semula menjadi Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu. Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, persekutuan ini diterima sebagai ahli Pesekutuan Pengakap Sedunia pada 1 September 1957. Seterusnya, apabila Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung bersama Tanah Melayu membentuk Malaysia, pergerakan pengakap negeri-negeri tersebut juga turut bergabung. Hasilnya pada November 1964 Persekutuan Pengakap Malaysia ditubuhkan.

Persekutuan Pengakap Malaysia diperbadankan melalui Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadan) 1968, dan (Semakan) 1989. Dengan keistimewaan ini Duli-duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu serta Tuan-tuan Yang Terutama merupakan penaung pergerakan pengakap di peringkat negeri dan nasional.

Keahlian dan peringkat umur pengakap [sunting]

Keunikan pengakap sebagai unit beruniform yang asal ialah ia menerima ahli dari berbagai lapisan masyarakat. Asal saja seseorang itu menerima prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Persetiaan Pengakap dan Undang-undang Pengakap, beliau boleh menyertai pergerakan ini. Keahlian yang bersifat universal ini memupuk perpaduan antara ahli tanpa mengira bangsa, budaya dan fahaman agama. Keahlian pengakap juga tidak dihadkan oleh faktor usia. Malah seseorang itu boleh menjadi pengakap hingga akhir usia dan dari inilah timbul ungkapan "Sekali Berpengakap, Teruskan Berpengakap". Anggota-anggota pergerakan pengakap pula dibahagikan mengikut beberapa peringkat umur seawal 10 tahun hinggalah dewasa.

  • Pengakap Kanak-kanak (bahasa Inggeris: Cub Scout), untuk mereka yang berumur 10 hingga 12 tahun, lazimnya pelajar tahun 4 hingga tahun 6. Motto Pengakap Kanak-kanak ialah Buat Habis Baik.
  • Pengakap Muda ataupun Junior Scout, untuk yang berusia 13 hingga 15 tahun iaitu pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Cogankatanya ialah Selalu Sedia.
  • Pengakap Remaja atau Venture Scout untuk anak-anak muda tingkatan 4 dan 5. Mottonya ialah Pandang Luas.
  • Pengakap Kelana (Rover Scout) untuk ahli-ahli dewasa lepasan sekolah dan tiada had umur. Terdapat juga dua kumpulan latihan kelana yang ditadbir setaraf negeri iaitu Kumpulan Latihan Malaysia (KLM) dan Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM). KLM dikhususkan bagi penuntut-penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) manakala KLKM untuk penuntut-penuntut di universiti, politeknik dan kolej universiti. Motto pergerakan kelana ialah Berkhidmat.

Organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia [sunting]

Carta oganisasi Majlis Pengakap Kebangsaan [sunting]

Ketua Pengakap Negara/Yang Dipertua
Dato' Seri Paduka Dr Shafie Salleh
 
 
 
Naib Yang Dipertua
Dato' Aziz Jamaludin bin Mhd Tahir
 
 
 
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
YB Dato Dr. Mohamad Shahrum Osman
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara

Dato' Haji Abdul Kader bin Mohd Nor
 
 
Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara

Datuk Awang Zainie bin Haji Suntim
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Ketua Setiausaha Kerja
Mohd Zaki Nurud-din
Bendahari
Dato' Shahrum bin Osman
Penolong-penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara

Eric Khoo Heng Peng
(Pesuruhjaya Antarabangsa)
Haji Abdul Shukor bin Mohsin
(Pesuruhjaya Latihan Negara)
Major Gen. Dato' Dr Mohd Zin bin Bidin (Kesihatan dan Bencana Alam)

Hj Zakran bin Abdul Manan (Pendaftaran & Keahlian)
Haji Radzwan bin Hussin (APR Liason Officer)
Nasaruddin bin Shamsuddin (Pembangunan Kepengakapan)
Dr Mohammed Mukhyuddin bin Sarwani (Sumber Dewasa)
Ir Ahmad Sabri bin Saad (Media & ICT)
Rajalingam a/l Ramasamy (Logistic)
Amir Hamzah bin Aman (Program)
Mohamad Zaki bin Mohd Yussof (Tugas-Tugas Khas)
Dr Noriati bt A. Rasid (Hal Ehwal Wanita)
Pesuruhjaya-pesuruhjaya Ibu Pejabat
Haji Mohd Noor bin Haji Kassim (Pengakap Khas)
Khoo Hock Hoi (Pengakap Kanak-kanak)
Lt. Kol Ramli bin Shuhaimi (Pengakap Muda)
Ahmad Tajuddin bin Md Salleh (Pengakap Kelana)
Khamaruzaman bin Samsudin (Pengakap Laut)
Anamuthu Samuel (Pengakap Udara)
Chan Ah Sang (Unit Antarabangsa)
P S Maniam (Tugas-tugas Khas)
Mohamad Musa bin Sulaiman (Tugas-tugas Khas)
 
 
 
 
Setiausaha Kerja Latihan
Jawatan Kosong

Organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia mempunyai beberapa hierarki. Yang tertinggi majlis di peringkat kebangsaan, kemudian di peringkat negeri dan seterusnya majlis pengakap daerah.

Di peringkat negeri, majlis pengakap diketuai oleh Pesuruhjaya Negeri dan dibantu oleh Penolong-penolong Pesuruhjaya Negeri. Majlis pengakap daerah pula dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Daerah masing-masing.

Pesuruhjaya-pesuruhjaya Negeri [sunting]

Negeri Pesuruhjaya Negeri/Ketua Pesuruhjaya
Johor Haji Yaacob bin Abdul Karim
Kedah Haji Ismail bin Ku Ishak
Kelantan Haji Anwar bin Abdul Rahman
Melaka En. Mohd Zamir bin Hj. Mohd Sharif
Negeri Sembilan Hamdan bin Haji Mohd Nor
Pahang Dato' Haji Lias bin Mohd Nor
Perak Haji Ahmad Azam bin Abdul Majid
Perlis Haji Rahim bin Mohamed
Pulau Pinang Haji Zulkafli bin Kamarudddin
Sabah Datuk Haji Awang Zainie bin Haji Suntim
Selangor Haji Ishak bin Mohd Jonid
Sarawak TBA
Terengganu Haji Che Soh bin Muda
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur TBA
Wilayah Persekutuan Labuan Hong Heng Chee
Kumpulan Latihan Malaysia (KLM) Prof. Madya Dr. Abdul Rashid bin Mohamad
Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) Haji Rosdi bin A Rahman

Organisasi unit kecil pengakap [sunting]

Setiap kumpulan pengakap di sekolah lazimnya dipanggil trup. Trup ini mempunyai pengenalan khusus berupa lencana-lencana yang dipakai di bahu kanan terdiri dari nama negeri, nama daerah dan nombor kumpulan. Setiap kumpulan atau trup mempunyai nombor unik mengikut giliran ianya ditubuhkan. Contohnya, pasukan atau sekolah yang memakai lencana (KELANTAN), (KOTA BHARU) dan (80) ialah pasukan yang ke-80 ditubuhkan di daerah Kota Bharu di Kelantan.

Trup-trup kelana pula lazimnya dipanggil krew. Pasukan-pasukan krew ini tidak mempunyai nombor sebaliknya menggunakan abjad A,B,C dan sebagainya. KLM dan KLKM pula menggunakan lencana atau flash nama institusi pengajian mereka.

Setiap trup pula dibahagikan kepada patrol yang lazimnya mempunyai 6 pengakap. Setiap trup diketuai oleh ketua, manakala patrol dipimpin oleh ketua patrol dibantu oleh penolong ketua patrol. Di sekolah-sekolah, lazimnya guru-guru penasihat diangkat menjadi pemimpin dan penolong pemimpin, terutama guru-guru yang menyertai latihan manikayu. Di institut pendidikan guru, kolej-kolej dan universiti, ahli-ahli kanan yang telah menamatkan latihan manikayu menjadi pemimpin.

Epolet pemimpin dan pesuruhjaya [sunting]

Contoh Epolet
(Biru Tua)
1Ketua Pengakap Negara.png 2Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.png 3Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.png 3Pesuruhjaya Negeri.png 4Pesuruhjaya Daerah.png 5Penolong Pesuruhjaya Daerah.png 6Pemimpin.png 7Penolong Pemimpin.png
Warna Epolet Enam Lengkar Lima Lengkar Empat Lengkar Tiga Lengkar Dua Lengkar Satu Lengkar Bunga Padi Insignia
Kuning DYMM YDP Agong
DYMM Sultan-sultan
Hijau TYT Gabenor Naib Yang Dipertua YDP Majlis Negeri
Bendahari
Ketua Pengarah Pelajaran
Ahli-ahli Majlis Pengakap Kebangsaan
Naib YDP Negeri
Pengarah Pelajaran Negeri
YDP/Naib YDP Majlis Pengakap Daerah
Pegawai Pelajaran Daerah
Ketua jabatan
Pengetua/Guru besar
Setiausaha/Bendahari Kehormat Daerah/ Ahli-ahli Majlis Pengakap Daerah
Biru Tua Ketua Pengakap Negara Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
Pesuruhjaya Antarabangsa
Pesuruhjaya Latihan
Pesuruhjaya Program
Ketua Pesuruhjaya Negeri
Pesuruhjaya (Kanan) Ibu Pejabat Kebangsaan
Penolong Pesuruhjaya Antarabangsa
Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri (Latihan, Program, Pentadbiran)
Penolong Pesuruhjaya Negeri
Pesuruhjaya Ibu Pejabat Kebangsaan
Pesuruhjaya Daerah
Pesuruhjaya Ibu Pejabat Negeri
Penolong Pesuruhjaya Daerah
Pemimpin Pasukan atau Kumpulan Penolong Pemimpin Pasukan
Ungu Ketua Setiausaha Eksekutif Setiausaha Latihan Negara Jurulatih Kebangsaan
Setiausaha-setiausaha Eksekutif
Penolong Jurulatih Kebangsaan
Penolong-penolong Setiausaha Eksekutif
Merun Perdana Menteri Timbalan Perdana Menteri
Menteri-menteri
Timbalan-timbalan Menteri Ahli-ahli Parlimen dan DUN



Epolet Kelana

Epolet pemimpin dan pesuruhjaya mengandungi susunan lengkar beserta warna latar bagi menunjukkan pangkat seseorang. Warna hijau dan kuning digunakan oleh penaung dan penaung diraja. Warna merun pula untuk menteri-menteri dan ahli-ahli kerajaan. Biru tua adalah untuk susunan pegawai-pegawai pemimpin dan pesuruhjaya manakala ungu untuk susunan jurulatih. Bagi ahli kelana yang belum mendapat manik kayu, dikhususkan kepada mereka untuk memakai epolet seperti penolong pemimpin dengan latar belakang merah. Epolet ini mempunyai perkataan "KELANA" tertulis di atasnya.

Alamat surat-menyurat [sunting]

Persekutuan Pengakap Malaysia
Scouts Association of Malaysia
Rumah B-P
Jalan Hang Jebat
50150 Kuala Lumpur
Phone: +60 (3) 2078-0836
Fax: +60 (3) 2070-9057
email: pengakap@tm.net.my
URL: http://www.pengakapmalaysia.org

Lihat juga [sunting]

Jambori di Malaysia [sunting]

Malaysia mengadakan banyak jambori kebangsaan semenjak 1966. Setiap negeri mengambil giliran menjadi hos, dan hanya Perlis dan Selangor yang masih belum melakukannya. Daftar pelbagai jambori kebangsaan dan tahun ia diadakan adalah seperti berikut :

Pada 2008, jambori bagi meraikan 100 tahun pengakap di Malaysia telah diadakan pada Ogos 2008, menyaksikan penyertaan pengakap dari seluruh Malaysia termasuk negara Asia Pasifik.

Pautan luar [sunting]


Templat:Asia-PacificScout