Kamen Rider Rey (watak)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kamen Rider Rey (Jepun: 仮面ライダーレイ, Hepburn: Kamen Raidā Rei) adalah Kamen Rider yang diperkenalkan untuk filem Tokusatsu Kamen Rider 2008, Kamen Rider Kiva. Rey sebenarnya adalah Takato Shiramine (Jepun: 白峰 天斗, Hepburn: Shiramine Takato), seorang penyiasat persendirian dari persekutuan yang dipanggil 3WA (World Wide Wing Association) (Jepun: 3WA(ワールド・ワイド・ウィング・アソシエーション), Hepburn: Wārudo Waido Wingu Asoshiēshon). Dia dibantu oleh Rey Kivat (Jepun: レイキバット, Hepburn: Rei Kibatto), robot komputer berbentuk kelawar. Robot ini direka oleh 3WA.

Rey membuat kemunculan sulungnya melalui drama pendek Momotaros Punya Raja Istana Merah Membara. Manakala Takato Shiramine membuat kemunculan sulungnya di dalam drama Kamen Rider Kiva Edisi Internet: Ratu Istana Neraka.

Sejarah Rey dan 3WA[sunting | sunting sumber]

Menurut maklumat yang disiarkan di dalam laman sesawang filem Kamen Rider Kiva, sistem Rey diambil dari Sistem KV. Persekutuan 3WA telah menganalisis maklumat perlawanan antara Kiva dengan puak Fangire. Hasil analisis perlawanan dan Sistem KV ini telah memberi inspirasi kepada mereka untuk membangunkan satu sistem - Sistem Rey.

Sungguhpun sistem ini hanya adaptasi dari Sistem KV, namun pihak 3WA telah memasukkan unsur-unsur terkini dalam teknologi pertarungan yang mereka panggil "Ultimate Super Machine". Ini bermakna, Rey mampu memperbaiki kelemahan sistem mahupun sabarang kerosakan secara otomatik.

Persekutuan 3WA sedang menyiasat aktiviti puak yang menyerupai Fangire. Mereka dikenali sebagai Legendorga.

Keupayaan Rey[sunting | sunting sumber]

Rey mempunyai ketinggian 205cm dan berat 87kg. Impak tumbukannya pula adalah sebanyak 17t dan tendangannnya pula adalah sebanyak 8t. Rey mampu berlari selaju 5 saat untuk 100 meter dan lompat setinggi 30 meter. Dia mampu membuat serangan pemusnah yang dipanggil Blizzard Claw Execution (Jepun: ブリザードクロー・エクスキュージョン, Hepburn: Burizādo Kurō Ekusukyūjon).