Kamera video

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kamera Video Definasi Tinggi (HD)Sony

Kamera video ialah sejenis kamera yang digunakan untuk merakam imej bergerak secara elektronik. Ia bermula dari industri penyiaran namun sekarang digunakan meluas dalam lain-lain bidang. Kamera video terawal dihasilkan oleh John Logie Baird, yang menggunakan cakera electromekanikal Nipkow disk. Projek eksperimentasi kamera video ini dijalankan oleh pihak BBC pada tahun 1930an. Sistem Baird ini digunakan sehingga tahun 1940an. Selepas itu, rekabentuk Kamera Video telah beralih kepada jenis elektronik sepenuhnya. Kali ini rekabentuk menggunakan cathode ray tube. Antara pengeluar kamera video jenis ini adalah Vladimir Zworykin's Iconoscope dan Philo T. Farnsworth's Image dissector. Sehingga tahun-tahun 1980an, teknologi kamera maju dan mula menggunakan solid-state image sensors, antaranya adalah CCDs (dan seterusnya CMOS active pixel sensors) telah menyelesaikan masalah yang biasa didapati jika menggunakan teknologi tiub, seperti image burn-in. Teknologi baru juga membuatkan penggunaan kamera digital lebih praktikal.


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.